BAB 7

Romance Completed 10100

“Aku terimanya nikah Zara Adelia Binti Zachroul dengan mas kahwinnya RM 230 tunai” Zara sebak kerana dengan sekali lafaz dia secara sahnya bergelar isteri kepada Fairul, dia kini telah pun bergelar isteri.

Air mata sayu dan hiba bergenang menitis memikirkan tanggungjawab yang bakal dia pikul selepas ini.

Dia kini tidak lagi bersendiri tetapi telah pun mempunyai seorang suami yang akan berkongsi segalanya bersama. Seorang suami dan sahabat.

“Tahniah, Zara

“ ujar salah seorang teman lamanya di universiti dahulu.

“Alhamdulillah.. Terima kasih” Zara tersenyum kepada hadirin yang ada bersamanya.

“Maaf, semua. Ke tepi, ke tepi, sila beri laluan sedikit. Pengantin lelaki nak masuk ni” ujar satu suara. Zara hanya menunduk menantikan suaminya masuk dengan penuh debaran di hati.

Si suami pula perlahan-lahan menarik tangan si isteri lantas disarungkan cincin ke jari manis milik isterinya.

Zara tunduk menyalami tangan suaminya lalu dahinya dikucup penuh syahdu dan kasih-sayang. Senyuman bahagia terukir indah di wajah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience