BAB 8

Romance Completed 10100

Bau haruman Lily dan jasmine memenuhi ruang kamar pengantin. Zara melihat suaminya melalui cermin sahaja. Dia gementar kerana inilah kali pertama suaminya berada bersamanya dalam bilik tidur.

“Zara , kenapa tengok abang macam tu sekali? Pucat semacam je. Jangan risau la. Abang bukan makan manusia. Abang makan nasi. Hehe..” usiknya dek melihat riak wajah Zara yang agak pucat kerana gementar. Dia pun mempunyai perasaan yang sama kerana inilah pertama kali berlaku dalam hidupnya. Serasa tidak percaya yang dia kini telah pun bergelar seorang suami.

“Zara , mari la duduk dekat dengan abang” pelawanya. Zara mengangguk lalu bangun dari dudukannya.

“Ermm.. Rul..” ujar Zara lambat-lambat.

“Eh, apa pulak sayang panggil Rul ni? Panggil abang la. Kita kan dah jadi suami isteri. Sayang jangan la malu-malu. Ok?” Fairul memintas percakapan Zara dengan senyuman.

“Abang, kenapa abang pilih Zara sebagai isteri abang?” tanya Zara perlahan sambil merenung lembut ke arah suaminya, Fairul .

“Zara , abang ikhlas menyintai Zara sejak dulu lagi. Sebenarnya abang tak dapat terima yang Zara akan bertunang dengan Johan dulu. Hati abang sangat terluka tapi demi melihat kebahagiaan Zara , abang sanggup..” terang Fairul kepada Zara .

“Maafkan, Zara . Zara tak pernah tahu hal tu..” ujar Zara.

“It’s ok, sayang. Abang bersyukur sangat-sangat sebab rupa-rupanya jodoh Zara adalah untuk abang”

“Walaupun Zara ni boleh tahan gangster orangnya ?” duga Zara .

“I don’t mind. For me, you are always be my sweet lovely gangster.” Fairul mengucup kedua tangan Zara penuh dengan kelembutan cinta supaya Zara dapat merasakan keikhlasan hatinya.

“benarkah?” soal Zara lagi meminta kepastian. Fairul mengangguk sambil tersenyum.

“Thanks, abang..” ucap Zara lalu memeluk suaminya penuh kasih.

“Terima kasih juga, sayang sebab sudi terima dan jadi isteri abang. Tak lama lagi sayang akan menjadi ibu kepada zuriat abang.. Dan Insya-Allah abang akan jaga sayang dan anak-anak hingga akhir hayat abang. Semoga kasih-sayang kita kekal mewangi selamanya. Terima kasih kerana memilih abang untuk menggalas tanggungjawab ini...” bisik Fairul ke telinga isterinya yang tercinta.

‘Aku kan sentiasa di sisimu sayang,’’ – ayat itu la yang selalu Fairul ungkapkan suatu masa dulu. Zara bahagia, teramat bahagia.

Benarlah kata orang, andai hari ini kebahagiaan kau diuji, usah bersedih mendung tak selamanya mendung dan tak semestinya menjanjikan datangnya hujan kerana mentari selau saja hadir memberikan harapan buat hati yang menangis kesejukan dan kegelapan.

Seperti yang berlaku pada dirinya. Allah mengambil lelaki yang dicinta lalu diganti dengan lelaki yang menjadi sahabat dan seterusnya suami buatnya. Maka nikmat apa lagi yang ingin dinafikannnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience