BAB 4

Romance Completed 10100

3 tahun kemudian...

Hari ni genap sebulan sudah Zara bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, Zara masih tertanya-tanya sebab dia masih belum diperkenalkan dengan bosnya. Teman-teman sepejabat pula tak habis-habis mengusiknya,

“Zara , you nak tahu bos you tu dah berumur sangat. Pulak tu, bukan main garang dan tegas. Sebelum ni pun ramai yang dah cabut sebab tak tahan nak mengadap perangai bos tu. Harap you dapat bertahan and sabar banyak-banyak, ok?” pesan Lisa, teman sepejabat yang agak kepoh tu.

Walaupun ini adalah pengalaman pertamanya bergelar seorang pekerja, namun dia akan cuba untuk buktikan kebolehannya. Tanpa dia sedari, berlaku sedikit kekecohan di muka pintu. Dia hanya tersedar apabila Lisa menyuruhnya masuk ke dalam bilik tak jauh dari mejanya. Di muka pintu itu tertulis nama Haji Mazlan bin Saad. Berdegup jantungnya tatkala membuka pintu.

“Ya Allah.. permudahkan la kepada hamba-Mu ini untuk berhadapan dengan bos.. Amin” Zara mula menghembus perlahan nafasnya dan melangkah masuk dengan perlahan.

“Bismillah..”

“Yes, Miss Zara Myra. Please have a seat first” ujar lelaki di hadapannya tanpa dapat dia melihat wajah sebenar milik lelaki itu.

“Tak nampak berumur pun” ngomelnya dalam hati. Dia hanya menunggu reaksi seterusnya daripada lelaki itu.

“So, how are you? Long time no see, right? About 3 years” lelaki itu memusingkan kerusinya dengan senyuman. Zara tidak dapat mengawal reaksinya yang ternyata sangat terkejut melihat wajah sebenar lelaki itu. Dia hampir pitam kerana tidak menyangka dia sekarang bekerja di bawah lelaki itu.

“Macam mana boleh.. macam mana.. How it can be..” Zara tidak dapat meneruskan pertanyaan.

“Welcome, Zara . I hope you will enjoy here. Don’t worry. Kat sini semua baik-baik” lelaki di hadapannya masih terus tersenyum.

“Fuyoo! Muka dia tak ubah macam ayam berak kapur la. Tapi tetap cun. Hehe..” dia hanya ketawa di dalam hati melihat riak wajah wanita di hadapannya kini. Bertahun lamanya dia memendam rindu.

“Fairul ..” hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya.

“Yeah, it’s me my sweet lovely gangster” dia bersyukur kerana wanita itu masih mengingatinya.

“Ya Allah..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience