Bab 2

Fanfiction - KPOP Completed 3047

Ah,bosannya!Di kafe tak ade ramai orang pun harini.Itulah kau,Yuri!Bila ramai kau mengeluh,bila sikit kau mengeluh jugak!Kedengaran bunyi seseorang membuka pintu kafe.

"Selamat datang..eh?!"terkejut aku melihat gerangan tersebut.Dia pun seperti terkejut melihat aku disini.Terdapat enam orang lagi di belakang dia.

"Eh awak ni..yang hampir kena langgar semalam kan?"dia berkata kepada aku.

"Emm,ya!Dan awak..."

"Saya Kim Seokjin.Mereka ni kawan saya,"dia menunjuk ke arah enam orang lagi.

"Saya,Taehyung.Dan ni Suga.Yang belakang dia ni Jimin,ini Namjoon,dan Hoseok,"lelaki tersebut memperkenalkan rakannya.

"Emm,seorang lagi tu?"aku menunding ke arah lelaki yang bersembunyi di belakang Taehyung.

"Oh,ini?Dia Jungkook.Dia agak pemalu sikit bila dengan perempuan.Dia juga paling muda antara kami,"Seokjin berkata.Aku melihat Jungkook menunjukkan mukanya sedikit.

"Emm,h..hai,"dia berkata.Aku sekadar tersenyum.Aku melihat belakang dan melihat pekerja yang lain tidak henti melihat mereka.Apa kena diorang ni?Takkan tak pernah jumpa orang hensem kot?

"Baiklah,awak nak pesan apa?"aku berkata kepada mereka.

"Beri saya latte empat,dan dua air teh panas.Dan juga kek brownies,"aku mencatat pesanan mereka.

"Makan sini atau bawa balik?"

"Makan sini,"Seokjin berkata.

"Sila duduk dulu.Pesanan anda akan dibawa kepada anda sebentar lagi,"aku berkata kepada mereka.Mereka sekadar menggangguk dan mencari tempat duduk.Aku membawa pesanan ke dapur.Seketika kemudian,aku membawa pesana ke arah meja mereka.

"Pesanan anda sudahpun siap!"

"Terima kasih.Marilah makan sekali dengan kami,"Seokjin mengajak aku.Aku melihat jam ditangan.Dah sampai masa rehat.

"Emm,ok!"aku duduk disebelah Jungkook,menghadap Seokjin.

"Oh,lupa pula.Siapa nama awak?"Seokjin bertanya kepada aku.

"Nama saya Kim Yuri,saya 24 tahun,"aku berkata kepadanya.

"Wah,24?Saya ingat awak sebaya Jungkook.Rupanya lebih tua dari saya!"Taehyung berkata kepada aku.Aku hanya tersenyum.

"Tetapi yang paling tua di antara kami adalah Seokjin hyung,"Jimin berkata.

"Oh,ya ke?Berapa umur awak?"aku melihat ke arah Seokjin.

"Saya 26,"dia berkata.

"Wah,secocok sangat hyung dengan Yuri!Beza 2 tahun je,"Jungkook yang telah lama mendiamkan diri itu berkata.

"Ish,kau ni Jungkook.Janganlah usik diorang.Tengok,dah merah muka!"Namjoon berkata sambil terkekek-kekek.Aku memegang mukaku.Panas,alamak malunya!Aku melihat Seokjin pula.Sekadar tersengih malu dan mukanya sedikit merona merah.

"Ish budak sorang ni!"Seokjin menunjal kepala Jungkook.

"Haha,awak berdua ni macam adik-beradik,"aku berkata kepada mereka berdua ketika sedang bergaduh.

"Ala,dua orang ni memang macam ni,"Namjoon berkata.Aku melihat jam di tangan.Nampaknya masa rehat dah tamat.

"Masa rehat saya dah tamat.Saya pergi dulu ya,"ketika aku ingin bangun Seokjin menghalang aku.

"Emm,boleh tak kita tukar no.telefon?"Seokjin berkata.

"Oh boleh!Beri telefon awak,"dia menyerahkan telefonnya kepada aku.Aku menaip no.telefonku dan kemudian save!

"Okey,dah siap!"aku menyerahkan telefon kepada Seokjin semula.

"Terima kasih,"dia tersenyum manis kepadaku.

Dup dap dup dap.Kenapa jantung ni terasa berdebar bila melihat senyumannya?

"Emm,sama-sama,"aku berkata kepadanya.Beberapa ketika kemudian,mereka ingin beredar.

"Terima kasih kerana mengunjungi kafe kami.Sila datang lagi!"aku berkata sambil melambai ke arah mereka.

"Mestilah saya akan datang lagi,"Seokjin berkata sambil tersenyum manis.Dia melambai lalu beredar.Aku hanya tersenyum.Hati aku rasa bahagia sangat.Entah kenapa,aku tak tahu.

Terima kasih sudi membaca.Sebenarnya saya lama tak menulis sebab baru lepas habis peperiksaan UPSR.Jadi nak berehat seketika sehingga lupa akan novel yang bertimbun!Tapi sepanjang cuti sekolah ni,saya akan cuba menghabiskan novel-novel saya!Teruskan membaca My K-pop Boyfriend,Mrs Hard Heart First Love 2 dan Crushku,Musuhku!Saya akan cuba update semua ni ya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience