Bab 7:I love you

Fanfiction - KPOP Completed 3047

Aku teringat kata-kata Sanaa sebelum ni.Sudah mahu masuk tahun baru.Lama jugak aku simpan perasaan ni.Aku dah tak tahan!Nak melimpah keluar dah perasan ni!Aku mengambil keputusan untuk memberitahunya.

"Seokjin,"aku memanggil dia.Dia yang sedang bersembang dnegan yang lain melihat ke arahku.

"Saya nak cakap dengan awak kejap,"aku membuat isyarat untuk bercakap di luar.Dia mengikut aku.

"Ada apa-apa ke?"dia bertanya kepadaku sambil bersandar pada dinding.

"Sa..saya..."

"Emm?"dia menjongketkan sebelah kening.

"Saya..."aku cuba menarik nafas."sebenarnya saya sukakan awak,Seokjin,"aku berkata membuatkan dia terkejut.

"Saya tertarik dengan hati budi awak selama ini.Dari hari awak selamatkan saya dari kemalangan sebelum ni,saya dapat rasa sesuatu.Kemudian awak jumpa saya lagi di cafe tempat saya bekerja sambilan.Senyuman awak,buat jantung saya berdegup kencang.Pandangan mata awak,boleh membuatkan saya cair.Sentuhan awak,lembut bagaikan saya dilayan seperti puteri.Kim Seokjin,saranghae..."aku berkata kepadanya.Dia kaku.

"Maafkan saya,Yuri.Saya tak mampu balas cinta awak.Maafkan saya.Saya tak boleh bertemu janji dengan awak,"dia berkata kepadaku.Aku tersentak.Air mataku mengalir.Aku dah agak.Cintaku selama ini hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

"Oh.Saya dah agak.Saya bukanlah gadis yang sempurna bagi awak.Awak dan saya,bagai langit dan bumi.Tak mungkin seorang gadis biasa seperti saya boleh bersama seorang bintang seperti awak.Maaf,kalau dah banyak ambil masa awak,"aku berjalan pergi.Aku mengambil beg tanganku dan berlari keluar.

"Yuri!"yang lain memanggil aku.Aku rasa sakit.Sakit sangat.Seokjin,kenapa?Aira mataku mengalir.

*Seokjin P.O.V*

Aku meraup wajahku dengan kedua belah tangan.Sakit.Aku rasa sakit sangat.Kenapa.Aku masuk ke dalam.

"Hyung,kenapa hyung lain macam je?"Taehyung bertanya kepada aku.Aku sekadar menutup wajah dengan tangan.

"Aku dah buat silap,"aku berkata.Serta merta bendalir hangat keluar dari kelopak mata.Aku menangis sepuasnya.

"Apa kau dah buat sampai Yuri lari keluar?"Namjoon bertanya.Aku membenamkan wajah ke bahunya.

"Aku dah buat silap.Aku tolak cinta dia,"aku berkata kepadanya.Tangisanku semakin lama semakin menjadi-jadi.

"Kenapa kau tolak cinta dia?"Namjoon dan yang lain terkejut mendengar apa yang kubuat.

"Aku terpaksa.Aku tak nak dia sengsara dengan aku.Kalau aku dan dia bersama,pasti ada penghalang.Studio tak akan benarkan.Dia juga akan ditarik masuk dalam masalah.Aku tak nak dia ada kena-mengena,"aku berkata.

"Aku memang dah buat silap,Namjoon.Aku penakut.Tak guna.Pengecut.Aku tak guna,"aku mengulang perkataan itu.Air mataku semakin deras.

"Kau masuk bilik dulu.Rehat.Esok,kita bincang lagi,"Namjoon berkata.Aku ke arah bilikku dan mengunci pintu bilik.Aku berbaring di atas katil.Aku membuka telefon bimbitku.Gallery kubuka dan melihat gambar Yuri sedang tersenyum manis.Tetapi yang aku lihat tadi,hanya air mata.Hatiku rasa sakit melihat dia menangis.Aku sendiri yang kata aku akan menjaganya.Tetapi aku mungkir janji.Aku biarkan air matanya mengalir kerana aku.

"Yuri,saya cintakan awak,Yuri.Tolonglah,jangan buat saya begini.Saya cintakan awak separuh mati.Yuri..."aku tenggelam dalam tangisan malam ni.

Keesokkan harinya,aku bangun sambil melihat ke arah cermin.Mataku sembab,bengkak dan merah.Aku tak boleh tidur malam langsung.

"Hyung,"Taehyung dan yang lain memasuki bilikku.

"Kau okey tak?"Namjoon bertanya.Mataku yang ada lingkaran hitam ni ditenungnya.Aku hanya mengangguk.Ada latihan nanti.Baik aku bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience