Bab 8

Fanfiction - KPOP Completed 3047

"Seokjin,kenapa kamu hilang banyak improve hari ni?!"pengurus memarahi aku.Aku tak boleh fokus berlatih sebab Yuri.Dia datang kerja.Cuma dia terperap dalam bilik sebelah membuat kerja.Langsung tak datang sini.

"Pengurus.Sebenarnya,Seokjin cintakan Yuri.Tolonglah,beri mereka peluang untuk bersama.Mereka saling menyintai,"Namjoon memberitahu pengurus.

"Kamu perlu fokus kepada latihan.Tak perlu bercinta-cintun ni,"pengurus berkata.

"Tolonglah pengurus!Seokjin tak tidur malam sebab Yuri!Dia sangat cintakan,Yuri.Cinta tak boleh dihalang,pengurus,"Jungkook dan Taehyung berkata.Yang lain mengangguk setuju.Aku begitu terharu.

"Tak boleh!Latihan dan persembahan kamu lebih penting!"

Aku melutut di hadapannya.

"Tolonglah,saya begitu cintakan dia.Saya mahu bersama dia.Saya tak kisah jika saya perlu hentikan kerja ni sekali pun.Walaupun pengurus tak benarkan,saya akan buat juga,"kata-kataku menyentuh hatinya.Dia mengangguk perlahan.Aku dan kawanku yang lain bersorak gembira.

"Tapi saya perlukan bantuan pengurus dan pekerja BigHit,"aku berkata.

"Sudah tentu boleh.Apa yang kami perlu buat?"soalan pengurus membuatkan aku tersenyum.

*Yuri P.O.V*
Aku terdengar suara pengurus memarahi Seokjin dari bilik sebelah.Kemudian senyap sunyi.Apa yang aku kisah sangat ni?Ingat,Yuri!Dia tak suka kau pun.Kau tengok diri kau sekarang.Tak bermaya.Begitu tak terurus.Semakin kurus.Sanaa jug-a terkejut melihat perubahan aku.

Yuri,janganlah kau biarkan dia mengambil alih fikiran kau.Buanglah dia dari hati kau.Biarlah hati kau kosong asalkan hati kau tak remuk lagi.Kemudian aku terlihat sekeping sampul diselitkan di celah pintu.Aku mengambil sampul itu dan melihat nama pengirim. Tiada. Aku melihat nama penerima. Park Sanaa. Aik? Sejak bila Sanaa dapat surat ni?Balik nanti lah aku bagi kat dia.

Waktu balik...

Aku masuk ke dalam lif dan menekan butang ground floor. Seokjin,kenapa kau buat aku macam ni?Aku cintakan kau sangat.Pintu lif terbuka tapi aku tak kadi melangkah keluar.Gerangan di hadapan aku pun sama.Seokjin...Aku berjalan melepasinya namun dia merentap tanganku membuatkan aku mengalihkan pandangan ke belakang.

"Lepaslah,"aku berkata kepadanya.Dia masih lagi tidak lepaskan.Dia lantas menarik aku ke dalam pelukannya.Aku tersentak.

"Yuri,mianae,"dia berkata.Aku pantas menolaknya dan berlari keluar.

"Yuri!"jeritannya bergema di tingkat bawah ni.Aku lantas memasuki kereta dan memandu pulang.Sebaik sahaja aku sampai di rumah,aku menarik nafas lega.Kenapa Seokjin tu?Mianae?Kau dah cakap pun.Peluk aku buat apa?

"Yuri,kau balik dah?"suara Sanaa bergema.Aku terus memberikan surat tadi kepadanya dan memasuki bilik.Beberapa minit kemudian,Sanaa menjerit memanggil aku.

"Yuri!!!!"

"Oi,kau ingat aku pekak ke?!"aku memarahinya.

"Tada!"dua keping kertas dilayangkan di hadapan muka aku.Aku melihatnya.Tiket comeback show BTS?Dua?Satu kat aku satu kat dia ke?

"Bila kau dapat ni?"aku bertanya kepadanya.

"Dalam surat tadi tuh. Aku menang satu pertandingan anjuran BigHit. Dapat dua tiket comeback show BTS.Satu untuk kau,satu untuk aku.Esok diorang buat.Lagipun,kau kan tak terlibat,"panjang lebar Sanaa berkata.

"Tak nak!Aku tak pergi,"dengan keras aku menolak.

"Ala,Yuri.Bukannya Seokjin akan nampak kau pun.Bolehlah.Ya? "dia memujuk. Aku pernah beritahu pasal masa aku luah kat Seokjin.Dia pun kesiankan aku juga.Tapi dah dia tu Army,jadi masih sokong kawan tu la.Aku akhirnya mengalah.

"Yelah,"aku berkata membuatkan dia terlompat-lompat macam budak kecil.Haih,Sanaa.Aku akhirnya masuk bilikku dan tidur.

Happy birthday to Seokjin!Semoga sentiasa sihat dan bahagia di masa hadapan.Harap sentiasa kekal sebagai ahli BTS!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience