Bab 4:BTS plan

Fanfiction - KPOP Completed 3047

Aku sekadar memasak ala kadar aje malam ni.Entah kenapa aku rasa tak ada mood selepas Yuri meletakkan panggilan secara tiba-tiba je tadi.Selesai saja,aku hanya terperuk dalam bilik.Yang lain hanya risau melihat aku.

"Hyung,buka lah pintu,"Jungkook bersuara dari luar.

"Masuk je la.Pintu tak kunci,"kemudian yang lain pun masuk sekali.

"Hyung ni lain la malam ni.Selalu perangai tak macam ni pun,"Taehyung berkata kepada aku.Aku hanya duduk di birai katil.

"Kalau hyung nak minta tolong apa-apa kami boleh tolong,"Jungkook berkata.

"Emm,sebenarnya..."aku tak tahu nak cakap apa.

"Hyung suka Yuri.Kan?"Taehyung berkata kepada aku.Aku mengangguk perlahan.

"Sebenarnya hyung dan Yuri pernah jumpa sekali sebelum kemalangan tu.Di cafe dia bekerja.Masa tu lah hyung dapat rasakan hyung dah tersuka kat dia,"aku berkata kepada mereka.

"Kami boleh tolong aturkan plan untuk hyung,"Namjoon pula berkata.

"Tak payahlah!Kau buat plan hancur semua,"Taehyung berkata.Aku hanya ketawa melihat gelagat mereka.

"Takpe,aku ada plan,tapi kau orang kena tolong sekali la ye?"Suga berkata.Maka,rancangan bermula esok pagi apabila Yuri bercuti.....

*Yuri P.O.V*

Kring,kring!Telefon aku berbunyi nyaring.Aku pantas mengangkat.

"Selamat pagi,Seokjin!"aku berkata dengan mesra kepadanya.

"Nae,selamat pagi.Awak nak keluar tak?"Seokjin berkata kepada aku.Aku berfikir sejenak.Hmm,hari ni cuti.Aku ni bukan suka sangat duduk kat rumah.

"Ok!Lagipun,saya bosan,"aku berkata kepada Seokjin.

"Kita jumpa di alamat yang saya beri ni tau.Saya Kakao awak,"Seokjin berkata.Baguslah Seokjin ajak aku keluar.Malas nak terbongkang saja.

Tetapi dia tak tahu,apa yang ahli BTS rancangkan...

Seketika kemudian di rumah BTS..

Mak ai!Besarnya rumah diorang!Baru aku tahu,diorang ni housemate rupanya.Padanlah rapat.Aku menekan loceng pintu.Kemudian aku melijat Taehyung membuka pintu.

"Ah,Yuri!Masuklah.Hyung tengah siap,"Taehyung menjemput aku masuk.Aku sekadar tersenyum lalu masuk.Aku melihat Suga dan Hoseok sedang menonton televisyen.Jungkook pula aku tengok sibuk dengan biskut kat dapur.Aku ketawa dalam hati.

"Duduklah,"Taehyung berkata.

"Terima kasih,Tae-"

"Panggil V aje.Hoseok awak boleh panggil J-hope.Jungkook awak boleh panggil Kookie kalau awak nak,"aku ketawa saat mendengar nama panggilan V dan Jungkook.

"Kenapa mereka panggil awak V?"aku bertanya.

"Sebab saya suka buat isyarat V,"dia menunjukkan isyarat V kepada aku.Aku hanya ketawa kecil.

"Yuri-ssi!Awak nampak cantik,"Jungkook berkata kepada aku.

"Hehe,terima kasih,"aku tersenyum.

"Dia kitorang panggil Kookie sebab dia suka biskut.Dia pun suka buat lawak dan active.Tapi yang paling suka buat lawak dan active adalah Jin hyung,"aku mengangguk.Maknanya,diorang panggil Seokjin pulak Jin.Jangan Jin aladin sudahlah!

"Amboi ralit sembang.Dah lupa saya ke?"kedengaran suara membuatkan aku pantas bangun dan menoleh ke arah tuan empunya.Seokjin!Kacaknya dia..

Dengan baju T-shirt berkolar berwarna hitam dan belang putih di tengah,rambut tersisir rapi berwarna coklat kehitaman...aku rasa jantung aku berdebar macam nak terkeluar je ni!Seokjin pula tunak memandang aku.Aku hanya menunduk.

"Emm,tak elok ke?"aku bertanya kepada dia.Dress bercorak bunga bawah lutut,aku jugak pakai cekak bereben warna pink yang sedondon warna dengan warna dress ni.Dia masih lagi kaku.

"Tak lah,awak nampak cantik,"akhirnya dia bersuara.Mukanya ditoleh ke arah lain.

"Kalau cantik kenapa awak tak tengok saya?"aku bergumam tapi dia mendengar.Dia melihat aku.Pipinya berona merah.Secara tak sengaja anak matanya menikam anak mataku.Macam masa terhenti buat sseketika.

Aik,kenapa ada kertas bentuk love beterbangan pulak ni?Aku menoleh dan melihat Jungkook,Jimin,Taehyung,Hoseok,Suga dan Namjoon tersengih-sengih.Taehyung dan Jungkook menaburkan kertas tersebut.Terus mukaku terasa panas.Sangat-sangat!Ah,malunya!

"Dah,korang ni.Bagi diorang keluar,"terus Namjoon dan yang lain menolak aku dan Seokjin ke luar.

"Emm,awak nak ke mana?"aku bertanya kepada Seokjin.

"Ikut saja,"dia berkata.Aku mengikut dan berjalan di sisinya.Kami berjalan melalui sebuah taman.Tak ada orang.Aku melihat buaian di bawah pokok tu.

"Awak nak naik ke?"Seokjin bertanya kepada aku.Tapi aku malu!Dia menarik tanganku.Dia memberi aku duduk di atas buaian tersebut.

"Emm,tak apa ke?"aku berkata kepadanya.

"Tak apa.Pegang kuat-kuat tau!"dia berkata lalu menolak aku.Seronoknya!Aku hanya ketawa semasa menaiki buaian.Masa tak ada orang la kita boleh jadi kanak-kanak!Kemudian kami singgah di sebuah gerai menjual aiskrim.

"Beri saya coklat.Awak nak apa?"Seokjin bertanya kepada aku.

"Strawberry,"aku berkata.Kemudian kami berjalan sambil makan aiskrim.

"Eh mulut awak comot la,"aku berkata kepada Seokjin.Dia ingin mengelap mulutnya dengan baju tapi aku pantas dengan tisu di tangan,mengelap mulutnya.Dia terkedu.

"Erk,maaf!"aku berkata.Kami sampai di tempat yang ingin dituju.Wah,dah lama aku tak keluar shopping.

"Jom masuk,"dia berkata.Aku melihat disekeliling.Wah,cantiknya cekak rambut tu!Aku menuju ke arah kedai tersebut.Comelnya.Aku memeriksa dompet aku.Alahai,duit tak cukup...Aku hanya mengeluh.

"Awak nak ke?"dia bertanya kepada aku.

"Eh?Tak apalah.Gaji masuk nanti pun saya boleh beli,"aku berkata lalu keluar dari kedai tu.Kemudian aku ternampak sebuah iklan kerja kosong yang tetap.Baguslah,tak perlu kerja sambilan lagi!Aku melihat iklan tersebut.

KERJA KOSONG UNTUK MENJADI PEMBANTU PENGURUS UNTUK KUMPULAN IDOL TERKENAL,BTS!SILA KE STUDIO BIGHIT UNTUK MEMOHON JAWATAN.

"Awak nak buat ka?"Seokjin muncul secara tiba-tiba di sebelah aku.Terkejut aku!

"Saya nak cuba!Walaupun saya tak suka idol korea sangat!"aku berkata.

"Oh?Awak tak suka K-pop?"dia bertanya kepada aku.Aku mengangguk.Kemudian sebuah beg plastik diserahkan kepadaku.

"Eh?Cekak tadi?Kenapa awak beli?Tak perlu susah-susah!"aku berkata kepadanya.

"Tak mengapalah.Lagipun,kalau keluar dengan yang lain,saya juga yang diorang tapau("-_-)"aku hanya ketawa kecil.Aduhai Seokjin....

Kami pusing satu mall ni sampai lenguh kaki.Tengok beg plastik kat tangan.Empat!Ni semua Seokjin belanja.

"Terima kasih belanja saya,"aku berkata saat dia menghantar aku pulang.

"Tak mengapalah.Lagipun,hal kecil je"dia berkata.Akhirnya sampai ke rumahku.Aku mengucap selamat tinggal.Aku melambai.Aku melihat dia pergi sehingga aku tidak nampak bayangnya lagi.

"Ehem,baru balik dating ke?"suara Sanaa mengejutkan aku.

"Banyaklah kau!Dah la,aku nak masuk,"aku berkata.

Dating?Mesti seronok kalau terjadi kan?Hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience