Bab 6

Fanfiction - KPOP Completed 3047

Hari ni merupakan acara BTS fansign.BTS akan bertemu dengan fan nanti.Mesti akan ada kekecohan nanti.Dah la ramai sekarang ni!

Apabila aku sedang sibuk di belakang,beberapa orang perempuan datang ke arahku.

"Maaf cik.Cik tak dibenarkan untuk ke sini,"aku berkata kepada mereka.

"Kau ni siapa?Kau pun tak patut ada kat belakang ni,"dia berkata dengan kasar kepada aku.

"Saya pekerja di sisni.Jadi cik sila beredar ya,"aku masih lagi bersabar.

"Pekerja?Mesti kau bekerja di sini untuk rapat dengan BTS,"seorang lagi berkata.

"Tak,cik.Saya cuma.."ketika aku mengawangkan tangan,salah seorang menolak aku jatuh.

"Eww,tangan kotor kau tu hampir sentuh aku!"dia berkata.Tanganku tak kotor.Cuma luka-luka akibat bekerja keras.

"Saya baru basuh tangan.Tangan saya tak kotor,"aku berkata kepada mereka.

"Berani awak menjawab?!Manusia kelas rendah!"

"Cukup!"suara dari belakang mengejutkan kami.Seokjin!Dia berdiri di hadapan aku.

"Ah,Seokjin!Boleh kami nak sign?"mereka tergedik-gedik.

"Saya tak akan beri sign kepada orang yang biadap macam awak semua!Saya nampak dari mula lagi.Saya nampak awak juga lukakan tangan dia,"Seokjin berkata sambil menarik tanganku menunjuk kepada mereka bahawa tanganku luka.

"Ah,apa awak mengarut ni?Dia yang bersalah.Kenapa kami yang kena?"gadis itu berkata.Aku?Hina sangatkah aku ni?

"Awak ingat saya buta?Sudah!Sekuriti!Bawa diorang keluar,"Seokjin memanggil sekuriti dan mereka membawa gadis itu keluar.

"Yuri?"dia memanggil aku yang kaku.Dia melutut di hadapanku.Air mataku yang mengalir dikesatnya.

"Mari,saya balutkan luka awak,"dia mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya lalu membalut luka di tanganku.Sama seperti kali pertama kami berjumpa.

"Awak okey?"dia bertanya.Aku mengangguk perlahan-lahan.

"Jangan risau,Yuri.Saya akan sentiasa jaga awak,"dia berkata membuatkan aku terkejut.Jaket yang dipakainya dibuka dan dipakaikan kepada aku.Dia kemudiannya berlalu ke hadapan.Aku hanya duduk di sini.

"Saya akan sentiasa jaga awak,"kata-kata itu asyik melayang dalam kepala aku.Wajahku terasa panas sangat sekarang ni.

*Seokjin P.O.V*

"Lamanya hyung pergi tandas,"Jungkook berkata kepadaku.

"Eh,jaket kau mana?"Namjoon bertanya kepadaku.

"Ada je.Aku malas pakai.Panas,"aku membuat alasan.

Beberapa jam kemudian...

Ahhh,akhirnya habis juga fansign ni.Aku ke belakang.Dan aku ternampak Yuri tertidur di tempat tadi.Jaket aku di peluknya sambil tertidur.Aku hanya menggeleng melihat dia.Penatlah tu.Aku mendukung dia di belakang ke luar.

"Hyung.."Jungkook sekadar berkata begitu.Yang lain juga sama.Aku menunjukkan isyarat untuk senyap kepada mereka.Mereka menurut.Aku mendukung dia menuju ke dalam van.Yang lain hanya mengikut dari belakang.Namjoon seperti faham dengan tindakan aku membuka pintu van dan membenarkan aku masuk.Aku meletakkan Yuri dan duduk di sebelahnya.Hantar sajalah dia pulang.Aku menyuruh pemandu tersebut menghantar Yuri dahulu.

Beberapa minit kemudian,kami sampai di rumah Yuri.Aku mendukung Yuri semula dan membuka pagar rumahnya.Aku mengetuk pintu rumah.

"Ya.."suara seorang gadis kedengaran.Apabila dia membuka pintu dia tergamam.

"K...Kim..Seok..!"aku pantas memberi isyarat untuk dia diam.Dia melihat aku sedang mendukung Yuri di belakang.Dia memberi aku ruang untuk masuk dan menunjukkan bilik Yuri.Aku ke arah biliknya dan membaringkan dia di atas katil.Aku menyelimutkan Yuri.Kemudian aku mengucup lembut dahinya.

"Jumpa lagi esok,"aku berkata perlahan.

Aku keluar dan melihat kawan Yuri di ruang tamu.Aku tersenyum kepadanya dan kemudiannya aku keluar dan masuk ke dalam van semula.Yang lain hanya tersengih.

"Apa senyum sumbing?Nak aku tabuh?"aku berkata kepada mereka.Mereka hanya ketawa.

"Jaket,kau,nak dia simpan ke?"J-Hope bertanya.

"Ikut dia lah,"aku sekadar berkata begitu.

"Aku tengok kau ni,memang sayang bebenor noh kat Yuri.Tapi Yuri sayang kau ke tak aku pun tak tahu,"Namjoon pula berkata.Ish mulut dia ni!Lancang bukan main.

"Hyung oi,kalau nak Seokjin ni gembira,bagilah kata-kata semangat kat dia,"Jungkook berkata.Haa,ni aku nak belanja makan ni.Haha.

"Hmm,yelah.Kau nak luah macam mana,"Namjoon bertanya.

"Tengok lah dulu,"aku berkata sambil membuang pandangan di luar tingkap.

*Yuri P.O.V*

Aku tersedar dari lenaku.Aik,bila aku sampai rumah ni?Siapa bawak aku datang sini?Aku kemudiannya mandi dan menukar baju.Aku turun ke bawah.

"Hah bangun pun kau,"Sanaa berkata kepada aku.

"Weh,bila aku sampai rumah?Siapa bawak aku?"aku bertanay kepada Sanaa menyebabkan dia tersenyum nakal.Apehal minah ni?

"Kau tak tahu ke?"Sanaa berkata.Aku menggeleng.Dia menunjukkan gambar di telefon bimbitnya.Aku melihat gambar itu.Apa yang..waaaaaa!!!

"Seokjin dukung aku,"aku bergumam.Wajahku terasa panas.

"Ooo,rupanya kau dating dengan Seokjin BTS ye?"aku tak tahu nak pandang mana dah.

"T..tak lah.Aku ngan dia kawan je,"aku menafikan tapi dalam hati punya berharap supaya ianya terjadi.

"Habis,kau suka kat dia tak?"dia bertanya kepadaku.Aku perlahan mengangguk.Dah lima bulan kami berkawan.Aku simpan perasaan padanya selama ni.Aku dah tak tahan.

"Kalau macam tu,kau confess saja kat dia,"dia berkata kepada aku lalu pergi.

Aku melihat lagi gambar dalam telefon dia.Seokjin....cium...dahi aku?Dia suka kat aku ke?Adakah cintaku ni benar atau hanya bertepuk sebelah tangan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience