Bab 5

Fanfiction - KPOP Completed 3047

Yehuu!Aku lulus interview untuk pekerjaan itu!Dan hari ni aku akan mula bekerja tetap.Setelah memandu beberapa minit,akhirnya aku sampai juga di studio ni.Aku menarik nafas sebelum kaki melangkah masuk ke dalam studio.Aku ke arah kaunter pertanyaan.

"Maafkan saya.Studio latihan kumpulan BTS di mana?"aku bertanya kepada pekerja yang bertugas itu.

"Studio latihan mereka berada di tingkat 16,"dia berkata sambil tersenyum.Setelah mengucapkan terima kasih,aku berlalu ke arah lif.Akhirnya aku sampai juga.Aku melihat tiada sesiapa pun lagi.Pengurus kata aku kena tunggu dulu dalam bilik latihan mereka.Kerja aku menguruskan jadual,makan minum diorang.Aku duduk di atas kerusi namun aku terdengar suatu suara yang seperti aku kenali.

"Nan neorul saranghae~"aku mengikut suara tersebut.Apabila aku sampai ke arah sebuah pintu,aku menolaknya sedikit dan terlihat seseorang menyanyi kecil.Macam kenal aje.Aku membuka pintu dengan perlahan.Namun aku tak sengaja tersadung pula!Aduh!

Bam!Bunyi aku terjatuh mengejutkan gerangan tersebut.Dia segara mendapatkan aku.

"Hei,awak okey?"dia bertanya.Aku mendongak.

"Seokjin?"

"Yuri?"

Sungguh,aku terkejut melihat Seokjin disini.Kejap,mungkinkah dia...

"Awak ni ahli BTS?"aku bertanya kepadanya.

"Emm,ya.Maaf sebab tak beritahu awak lebih awal,"Seokjin berkata dengan rasa bersalah.

"Tak apalah.Lagipun,saya tak kisah sangat,"aku berkata kepadanya sambil tersenyum.Ish,aku dah jatuh pun boleh senyum lagi!Mesti dia ingat aku mereng nanti.

"Saya tak sangka awak diluluskan,"Seokjin berkata.

"Awak jangan ingat saya ni army yang tergedik-gedik minta jawatan,"aku berkata kepadanya.

"Oh,awak tahu army?"dia bertanya.

"Ya.Saya dah buat banyak kajian sebelum buat interview tau.Suara awak tadi merdu sangat!Padanlah orang panggil awak..apa ya?"aku terlupa nama gelaran dia.

"Mr.Worldwide Handsome?"dia tersenyum senget sambil buat muka hensem.Aceh,berlagaknya.

"Ha!Eh,perasannya!Mengaku diri tu hensem!"aku berkata kepadanya.

"Memang lah saya hensem pun,"dia menjelirkan lidah kepada aku.Ish,nampak comel pulak aku tengok.

"Yah,ada orang ke?!"suara kudengar dari luar.Suara...V?

"Nae,ada orang!"Seokjin menjawab.

"Hyung!"Jungkook membuka pintu kemudian terkaku melihat aku disini di sebelah Seokjin.

"Yah,hyung!Kenapa keluar awal sangat.Risau kitorang tahu tak!"Taehyung pula berkata.Kemudian sama seperti Jungkook.Begitu juga yang lain.

"Yah,Jin!Kau buat apa berdua-duaan dengan Yuri ni?"Namjoon berkata sambil tarik telinga Seokjin.

"Aaduh,aduh!Lepaslah aku tak buat apa-apalah!"Seokjin mengerang kesakitan.

"Yuri-ssi,awak okey?"Taehyung bertanya kepadaku.

"Saya okey tapi lepaskan Seokjin!Dia tak bersalah!"aku lantas menarik tangan Namjoon dari telinga Seokjin.Kesiannya,merah telinga dia.Aku tengok Seokjin cam nak nangis pun ada nih.

"Habis tu apa kau orang buat kat sini?"Namjoon bertanya.

"Saya bekerja sebagai pembantu pengurus disini mulai sekarang.Bila saya datang pagi ni,saya nampak Seokjin ada di sini sekali.Saya sembang lah dengan dia.Dia tak apa-apakan saya pun,"dengan panjang lebar aku berkata.

"Oh yeke.Miahae,kami tak tahu pun,"Namjoon berkata sambil meminta maaf.Dia meminta maaf kepada Seokipjin juga namun dia masih lagi merajuk.Dia berlaku keluar.Yang lain mahu memujuk tapi aku memberi isyarat untuk biarkan dahulu.Aku pergi ke arahnya di luar.

"Seokjin?"aku memanggilnya namun tiada reaksi.Dia masih memegang telinganya yang merah itu.Namjoon ni memang ada kuasa tangan yang hebat.Merah kat telinga Seokijn pun tak hilang lagi.Aku mengambil tisu basah dari dalam beg.Aku meletakknnya di telinga Seokjin membuatkan dia terkejut.

"Nah,nanti elok lah sakit telinga awak tu,"aku berkata kepadanya.Aku rasa cam nak ketawa aje tengok muka merajuk dia.

"Biasalah orang salah faham.Tapi tak perlulah menangis,"aku berkata.Aku melawak sikit supaya marah dia reda.

"Mana ada saya menangis!Cuma sakit hati je,"dia mengalihkan muka ke arahku.Alamak,wajah kami dekat sangatlah!Aku pantas ke belakang sedikit.Tetapi dia memegang erat tanganku.

"Emm,Seokjin?''alamak,dia sedar tak apa yang dia buat ni?Dia mengelus lembut rambutku yang panjang ni.Tangsnnya kemudiannya beralih di pipiku.

"Seokjin!"sku menguatkan sedikit suara.Baru dia nampak macam tersdar apa yang dia dah buat.

"Ma..maaf.Saya tak tahu apa yang saya buat ni,"Seokjin meraupkan kedua belah tangan di wajahnya.Macam baru lepas kena sampuk.

"Awak pakai cekak saya beli tu?"dia melihat cekak pink yang dihiasi kristal di kepalaku ni.Aku tersenyum.

"Ya.Lagipun saya suka warna pink!Baju warna pink pun banyak kat rumah,"aku berkata kepadanya.Baju yang aku pakai sekarang ni pun warna pink.

"Awak nampak cantik.Cantik sangat"dia berkata di antara dengar dan tidak tapi aku boleh dengar.

''Apa?"aku bertanya kepadanya.Tidak percaya dengan kata-katanya.

"Tak ada apalah,"dia berkata sambil menoleh ke arah lain.

"Yah,hyung!Pengurus dah panggil tu,"Taehyung memanggil Seokjin.Dia bangun dan ke arah bilik latihan.Aku mengikut dari belakang.

"Buat pengetahuan kamu semua,segala jadual dan pengurusan kamu akan dijaga dan dirancang oleh pembantu saya yang baru,Kim Yuri,"dia berkata.

"Tak perlu kenalkan dia lagilah,pengurus.Kami dah pernah jumpa pun,"Suga berkata.

"Oh,kamu pernah jumpa Cik Kim?Kalau begitu tak mengapalah.Yuri akan bersama kamu di acara fansign nanti.Kamu boleh meminta tolong daripada dia jika kamu nak apa-apa.Baiklah,teruskan latihan,"dia berkata lalu beredar.

"Baiklah,saya yang akan jaga kamu nanti ya!Jadi berlatih la.Kalau ada berlaku kecederaan,sila beritahu saya!"aku berkata kepada mereka.Latihan mereka hari ni,tarian lagu Fake Love.Ada comeback show yang akan mereka buat nanti.

Aku melihat mereka berlatih.Wah,cekapnya.Tarian mereka sangat hebat.Nyanyian juga sangat merdu.Tapi suara paling merdu untuk aku,suara Seokjin.Apabila dia menyanyi,aku pula rasa macam kat langit je.Ish,apa yang aku mengarut ni?Apabila mereka sedang berlatih,mata aku dan Seokjin bertaut secara tak sengaja selama 3 saat.Dia mengeyitkan mata kepadaku sebelum fokus semula berlatih.Jantung aku berdegup kencang.Aku dah tersuka kat dia ka?Mungkin,aku dah jumpa pemilik hatiku.

Share this novel

Aimy Sofia
2021-10-06 21:38:58 


NovelPlus Premium

The best ads free experience