Bab 1:Si Anti K-pop

Fanfiction - KPOP Completed 3047

Hai,namaku Kim Yuri.Aku berumur 24 tahun.Aku bekerja sambilan di sebuah kedai cafe.Ada satu benda tentang aku yang tiada siapa duga.Aku benci K-pop!Entah apa yang hebat sangat K-pop tu.Penyanyi hanya tahu berlagak comel dan hensem saja.Ramai kawanku marahkan aku bila aku tidak sukakan K-pop.Orang sedang sibuk dengan K-pop aku sibuk dengan kerja.Tetapi tanggapan aku mula berubah selepas satu kejadian...

Ketika aku sedang berjalan untuk ke kedai.Secara tiba-tiba,aku terdengar bunyi hon kereta menuju kearahku.

PINNN!!!Aku tidak sempat untuk mengelak.Aku hanya mampu menutup mata sahaja.

"Hati-hati!"badanku ditolak ketepi selepas aku terdengar suara tersebut.Setelah aku membuka mata,aku telah diselamatkan oleh seorang jejaka.Aku melihat tapak tanganku yang sudah luka berdarah.

"Hei,awak okey?!"lelaki itu bertanya dengan kalut ke arahku.

"Ah,tak mengapa,saya okey,"aku bangun untuk berdiri.Badanku sedikit terhuyung-hayang.Nasib baik lelaki itu sempat memegang bahuku.

"Saya bawa awak ke klinik,"dia menarik tanganku yang satu lagi.

"Eh,tak payah!Saya tak apa-apa!"aku menarik tanganku dari genggamannya.

"Tak apa awak kata?Tapak tangan awak luka!Boleh dijangkiti kuman kalau tak dirawat,"dia menarik tanganku dan membalut dengan sapu tangan dia.Dia menarik tanganku yang lain lalu dibawa ke klinik.Aku pasrah saja.

Di klinik...

"Kim Yuri,"namaku dipanggil oleh jururawat yang bertugas.

"Tangan kamu mengalami cuma luka biasa.Tetapi agak serius.Kamu mesti elak menggunakan tangan kanan kamu sehingga ianya pulih,"pulak!Dah la aku ni guna tangan kanan!Macam mana nak menulis?!

"Ini senarai ubat yang kamu perlu ambil.Sila beri kepada jururawat di kaunter ubat nanti ya?"doktor tersebut memberi aku sekeping kertas yang bertulis.Terus aku keluar.

"Awak okey?"terlompat setempat aku mendengar suara tersebut.Lelaki tadi!

"Emm,tak ada hal lah.Cuma kena kurangkan pergerakan pada tangan sahaja,"aku berkata kepadanya sambil menuju ke kaunter ubat.Ketika aku ingin membayar,ada tangan terlebih dahulu menghulurkan duit kepada jururawat tersebut.

"Eh,tak apalah!Awka simpan aje duit tu,"aku menolak pemberiannya.

"Saya akan bayar.Sebab saya yang menyebabkan tangan awak luka,"dia menyerahkan duit tersebut kepada jururawat itu.Aku pasrah jela.Dia ingin menghantar aku pulang tetapi aku menolak.

"Terima kasih ya sebab tolong bayarkan kos ubat.Saya pergi dulu.Ok,bye!"terus aku memecut pulang ke rumah.Apabila aku pulang,aku melihat kawan serumah aku merangkap kawan baikku,Sanaa,sedang menonton tv.

"Apesal kau balik lambat ni?""Sanaa bertanya kepada aku.

"Tak ada apelah,"aku duduk di sebelah Sanaa dan mencapai remote.

"Eh,apesal tangan kau tu?!"kalut Sanaa mencapai tangan kananku ni.

"Aku hampir kena langgar dengan kereta.Nasib ada seorang lelaki ni tolong tolak aku ke tepi tadi.Kalau tak,mampus aku,"aku berkata panjang lebar kepadanya.

"Macam mana rupa dia?"Sanaa bertanya kepada aku.

"Emm,kulit agak cerah.Rambut tersisir rapi,bibirnya merah cantik,tapi bahu dia sangat lebar,dan mata yang sedikit sepet,"aku menerangkan kepada Sanaa.

"Emm,boleh tahan jugak rupa dia kalau aku bayangkan dalam kepala.Cuma,bahu yang lebar tu aje susah sikit,"Sanaa berkata lagi."Apa nama dia?"

"Entah,dia tak cakap pun.Aku pun malas nak tanya,"aku berkata kepada Sanaa.

"Ala,kau ni!Melepas betul,"Sanaa berkata kepada aku.

"Apa-apa je lah,"aku berlalu ke bilik.Wajah lelaki tu asyik terbayang dalam fikiran saje.Ish,jangan mengarut la Yuri!Fokus!Terus aku mengalihkan perhatian dnegan membaca buku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience