BAB 8

Other Completed 2305

Pada malam kejadian…

“Sudah, cukup cukup sudah~” telefon bimbitku berbunyi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Hello, mak? Mak? Mak ok tak?”

“Uhuk… uhuk… Ra… Radi…” mak bersuara.

“Mak, kenapa ni mak?! apa benda yang terbakar tu mak?! Kuat bunyinya…” tanyaku, gelisah.

“Mak… mak dan … ayah…”

“Mak! Bertahan mak! Radi sampai kejap lagi!”

“..mak dan ayah… sayang… Radi… ” talian telefon terus terputus.

“Mak?! Maaaak!” jiwaku dihantui rasa cemas. Aku enggan menerimanya, hakikat bahawa rumahku sedang hancur dijilat api, namun pelbagai gambaran buruk mulai menerjah sangkar fikiranku, menimbulkan segala macam emosi dan prasangka negatif. Hatiku terdetik, aku berpeluang untuk menyelamatkan ayah dan mak jika aku pantas, lalu aku memecut dengan sepenuh hati. Akibatnya, aku terhumban ke kancah kebinasaan yang memakan diri.

“Radi, kau dah ingat semula?” Tanya Zul. Aku mengangguk. Aku menceritakan tentang peristiwa itu dan ternyata. berita tentang kematian mak dan ayahku juga tercetak di salah satu halaman akhbar. Setelah melakukan penyiasatan, pihak berkuasa mendapati bahawa punca kebakaran adalah disebabkan oleh kerosakan bahagian utama punca kuasa elektrik. Mereka juga percaya bahawa mak dan ayahku tidak sempat diselamatkan kerana mereka tersedar setelah api marak.

Tambahan lagi, pasukan bomba dan penyelamat tidak sempat mengurangkan kemarakan api terutamanya di bahagian bilik tidur mereka di tingkat dua. Namun, panggilan telefon yang terakhir itu, walau hanya sebentar, memberi sentuhan yang tidak mungkin mampu digambarkan meskipun dengan seribu perkataan. Itulah kali terakhir aku mendengar suara mak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience