BAB 3

Other Completed 2305

“Ya, tapi aku tak dapat ingat apa-apa, cuma sedikit bayangan dalam mimpi, itu pun aku tak pasti samada itu yang aku alami atau tidak. ” jawabku lagi.

“Hmm, jadi kesimpulannya kau cuma lupa tentang peristiwa itu saja? Hal-hal lain seperti.. em, misalnya nama, alamat rumah, keluarga, kau masih ingat?”tanyanya.

“Jadi, kemungkinan besar kau mengalami Lacunar Amnesia.” Katanya dengan yakin sambil memandangku menantikan suatu reaksi. Aku hanya menggelengkan kepala.

“Tak tahu? Okey, Lacunar Amnesia, apa yang aku faham ialah, sesiapa yang mengalami Retrograde Amnesia akan hilang ingatan selepas mengalami insiden atau kejadian tertentu, tetapi memori yang hilang itu hanyalah sebahagian, dalam kes kau ni kau tak ingat tentang kemalangan yang kau alami tetapi segala memori tentang perkara lain dalam hidup kau masih selamat seperti sediakala. Insyaallah kau akan pulih lama - kelamaan. ” jelasnya.

“Oh, begitu ya? Terima kasihlah atas penjelasan tu…”

“Hmm, aku ada cadangan, apa kata kita rujuk berita hari ni. Sejak siang tadi aku tak sempat baca surat khabar. Mana tahu, berita tentang kemalangan kau dah tersiar…” Jelasnya.

“Baik, biar aku minta dari jururawat…”

Aku menekan butang untuk mendapatkan khidmat jururawat. Tidak lama kemudian, seorang jururawat datang dan aku meminta bantuan untuk dibawakan senaskhah surat khabar hari ini.

“Baik, encik tunggu sebentar ya, saya cuba dapatkan.” Kata jururawat itu.

“Ha, bual punya bual, diri tak diperkenalkan lagi… nama aku Zulkifli, panggil Zul.”Ujarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience