BAB 10

Other Completed 2305

Kicauan merdu sang puyuh di luar jendela menyingkap pandangan mata. Terasa juga kehangatan mentari mengalas pipi, sebagai bukti diri diberi nafas untuk memulakan suatu episod yang baru.

“Assalamualaikum…” seorang doktor masuk.

“Waalaikumussalam.” Jawabku sambil mengalihkan pandangan ke arahnya.

“Saya doktor Mustaffa, saya yang bertanggungjawab untuk merawat kamu, Radi…”jelasnya.

“Jadi, insyaallah, kecederaan kamu akan sembuh cuma perlu memakan sedikit masa…”

“Doktor, mak dan ayah saya… mereka dah… tak ada, kan?” aku memintas percakapannya.

Dia mengeluh.

“Saya…minta maaf kerana lambat memaklumkannya, kerana saya tidak mahu keadaan kamu yang teruk ini bertambah teruk lagi akibat gangguan emosi.” Katanya.

“Radi, kalau mengikut logik akal dan hukum fizik, mangsa yang mengalami kemalangan seteruk ini tak akan mempunyai peluang untuk hidup, kalau hidup pun mereka akan mengalami kecacatan kekal. Percayalah, Allah memberi kamu peluang. Bersabar, ambil sedikit masa. Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Kita merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang…”

Aku terkedu, tanpaku sedari air mataku mengalir di pipi, tiada lagi yang dapat kulakukan untuk menahan sebak di dada. Dalam diam, aku berfikir, bagaimana untukku hadapi semua ini? Aku memandang ke kanan, baruku perasan akan ketiadaannya. Katilnya sudah dikemas rapi. Lantas aku mengajukan soalan kepada doktor yang sedang mengatur langkah keluar.

“Doktor, pesakit ni dah balik ke?”

“Oh, pesakit ni? Muhammad Zulkifli bin Khairuddin? Dia sudah meninggal dunia sejak dua hari lepas, dan sudah selamat dikebumikan. Beberapa jam sebelum kamu dimasukkan ke wad ni.”

“Me… meninggal? Dia meninggal sebab apa ya?” bulu romaku meremang buat seketika.

“Selain tulang rusuk dan tulang belikat, dia mengalami kerosakan teruk pada saluran pernafasan, dia bertahan selama seminggu dalam wad ni. Kami telah mencuba sedaya-upaya, tapi… kami tak mampu untuk menyelamatkannya. Em, kenapa ya?” tanyanya kehairanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience