BAB 7

Other Completed 2305

Aku akui memang bukan salah mereka, walaupun mereka sering meninggalkanku keseorangan kerana urusan di luar negeri. Aku tahu apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikanku, untuk menyediakan suatu bekalan sebagai bantuan menghadapi kehidupan di masa hadapan kelak. Namun, kerana kemewahan, aku dipengaruhi oleh hawa nafsu.

“Wei, Bob, malam ni jadi tak? Clubbing.” tanyaku kepada Bob, rakan sekelas.

“Eh, kau tak nak ulang kaji ke? Peperiksaan dah dekat ni.” Katanya, serius.

“Ala, baru peperiksaan pertengahan tahun, nanti nak dekat SPM aku ulang kajilah! Tak apalah kalau kau tak mahu. Aku ajak orang lain.”

Setelah ayah dan mak terlena, keberangkatanku ke kelab malam dipermudahkan lagi dengan kewujudan kereta BMW ayah. Gejala ini telah menjadi tabiatku pada malam hari. Ibadat kepada Allah entah ke mana, apatah lagi menelaah pelajaran.

“Encik, ini surat khabar yang encik minta…” Aku tersedar dari lamunan. Jururawat itu menyapaku.

Benar sangkaan Zul, berita tentang kemalangan yang menimpaku telah dilaporkan di halaman akhbar yang kelima. Kami membacanya. Syukur, barang-barang penting seperti beg dompet dan telefon bimbit masih selamat. “ Ha! Telefon bimbit! Aku teringat ada suatu panggilan yang aku terima malam tadi sewaktu pulang dari kelab malam.”

“Kau pergi kelab malam?!” Zul tercengang. Kemudian aku meminta jururawat agar mengembalikan barang-barangku itu. Aku memeriksa panggilan terakhir yang ku terima iaitu pada jam 12.45 malam dan aku dapati orang yang membuat panggilan tersebut ialah mak.

“Argh!” Secara tiba-tiba kepalaku dipanah denyutan tajam, pedih. Mindaku seperti memainkan semula suatu video rakaman… segala-galanya terbayang satu persatu di fikiranku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience