BAB 6

Other Completed 2305

“Tidak cukup setakat itu, beliau menghidap penyakit yang menyebabkan manusia menjauhinya, termasuk isterinya. Kita ini sudah kira beruntung sangat cuma sakit sedikit, boleh baring di atas katil yang empuk, ada televisyen, walaupun rosak buat masa ini hehe, makanan dan pakaian disediakan, ada penghawa dingin, dan siap ada jururawat untuk membantu…” Sambungnya.

“Aku sangat bersyukur kerana bukan ayah aku mahupun ahli keluarga aku yang lain yang mengalami kecederaan ini, kerana itu akan sedikit sebanyak menyebabkan aku hilang semangat untuk meneruskan hidup. Bagiku, mereka adalah segala-galanya.”Kata-katanya menyentuh hatiku.

Aku tidak pasti, adakah aku sedih? atau adakah aku gembira? Kerana… kedua-dua perasaan ini sekaligus menerjah ke kalbu. Aku gembira kerana diberi peluang lagi, peluang untuk memulakan lembaran baru dalam hidup agar dapatku perbaiki kesilapan-kesilapan lalu, meluruskan yang begkok, dan menjernihkan yang keruh.

Aku juga sedih, menyesal. Selama ini kehidupanku cuma terfokus kepada material dan kebendaan. Maklumlah, aku berasal daripada keluarga yang berada. Segala yang diminta akan diberikan, dan segala yang diperlukan sudah disediakan. Aku teringat suatu ketika…

“Makin lama makin pandai menipu ya?! Duit tu ayah dan mak bagi bukan untuk beli rokok yang kau bakar dan buang! Itu untuk kau belajar, dapatkan kerja, supaya tak merempat saja di tepi jalan nanti! ” kata ayah dengan tegas.

“Ala, ayah ni, duit berlambak! Takkan pasal rokok sekotak nak berkira? Gaji sebulan berpuluh-puluh ribu, anak seorang saja, bukannya habis pun duit tu!”balasku. Pada waktu itu aku memang tidak memikirkan soal agama, adab sopan terhadap ibu bapa, mahupun perasaan mereka.

“Lagipun, ayah dan mak bukan faham pun perasaan Radi! Jangan nak berlagak macam ayah dan mak kandung Radilah!”

“Panggg!!” suatu penampar tangkas hinggap di pipi kananku. Kepalaku terasa seperti hendak berputar. Nampaknya tiang kesabaran ayah telah tumbang. Memang aku layak diperlakukan sebegitu. Kini aku sedar, walaupun aku hanya anak angkat, akulah satu-satunya anak yang mereka tatang bagai minyak yang penuh. Namun, aku yang menerima susu ini membalasnya dengan tuba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience