BAB 9

Other Completed 2305

Selama ini aku seperti acuh tak acuh ketika berbual dengannya,aku tidak pernah hendak bertanya tentang perihalnya, perasaannya, perkara yang dia suka, mahupun makanan kegemarannya. Aku hanya mementingkan diri! Aku tidak pernah mengambil tahu mahupun mengambil peduli tentang perkara-perkara penting sebegitu, tetapi kini sudah terlambat.

Aku tidak akan dapat lagi mendengar suaranya yang lembut itu, suara yang sering membelaiku sejak kecil, masakannya, yang tidak pernah lewat terhidang di atas meja makan ketika aku pulang dari sekolah, juga nasihat ayah yang pastinya, jika aku akur mampu mendorongku membina jati diri, menjadi lelaki sejati. Oh, hanya Tuhan yang tahu betapa aku merinduinya.

Suasana menjadi sayu seketika. Aku hanya memandang ke bawah. Zul cuba menenangkan fikiranku. Semuanya terlalu mengejut. Semalam aku mengecapi nikmat, lalai, hanyut sehingga lupa akan dunia dan akhirat, hari ini aku terbaring, kehampaan. Segala yang tidak pernahku syukuri selama ini, hilang.

Harta benda, kemewahan, tiada makna. Jika Allah mahu mengurangkan atau mengambilnya, tiada apa yang mampu dilakukan untuk menghalang. Mungkin inilah balasanku sebagai penghapus dosa. Mugkin Allah mengambil nyawa mak dan ayah supaya mereka tidak perlu lagi menanggung keperitan membesarkan anak yang hanya hidup segan, mati tak mahu. Aku rebah di katil, terus terlena. Terlalu sukar untuk aku menerima semua ini…aku belum bersedia lagi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience