BAB 4

Drama Completed 769

Aku keseorangan di dapur saat itu, cuba memasak mengikut resepi dari
buku. Selama ini aku tidak memasak dan menyerahkan segala tugas pada
pembantu rumah. Kini tanpa kehadiran pembantu rumah dan aku juga tidak
bekerja, pastinya aku yang perlu memasak.

“Arghhh…” aku merengus geram saat masakan yang cuba kumasak, tidak
menjadi. Gulai yang kumasak terlalu masam, sayur yang kugoreng terlalu
masin. Perlahan aku duduk di meja, air mata mula bertakung di tubir
bibir, rasa tidak tahan dengan kehidupan baruku ini.

“Kenapa ni sayang?” suara itu lembut berbicara membuatkan aku segera
berpaling. Iqbal Ishq sudah berdiri tegak di hadapanku. Aku cuma
menggelengkan kepala, tidak pasti mahu mengadu apa padanya. Air mataku
segera kukesat.

“Meh sini abang rasa masakan Eyka …” Iqbal Ishq pantas mencedok gulaiku
tanpa berlengah.

“Eh jangan bang, tak sedap,” aku menghalang tangannya namun semuanya
sudah terlambat, Iqbal Ishq terlebih dahulu merasa makanan itu. Aku
dapat lihat wajahnya bertukar, berkerut menahan masam.
“Eyka dah cakap jangan rasa,” aku segera berpaling, cuba melindungi air
mata yang kembali bergenang dan tak mampu kutahan lagi.

“Eyka …” perlahan Iqbal Ishq memanggil, tubuhku segera dipaling untuk
menghadapnya kembali. Air mataku diseka lembut, lantas pipiku dielus.

“Abang tak kisah kalau Eyka tak reti memasak, abang akan tolong Eyka ,
yang penting kita sama-sama membantu untuk saling melengkapi diri
masing-masing. Bolehkan sayang?” aku terkedu namun masih bisa
mengangguk, wajah Iqbal Ishq kupandang lama, ada keikhlasan yang
terpamer dari raut wajahnya. Entah mengapa kurasakan perasaan bahagia
kian meresap dalam diri. Perlahan aku memeluk dirinya, tenggelam dalam
esak tangis yang masih bersisa. Iqbal Ishq terkesima namun segera
membalas pelukanku, kemas dan kejap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience