BAB 1

Drama Completed 769

“Lelaki tu baik orangnya, ayah berkenan sangat,” ayahku berbicara saat
kami sedang menghadap makanan di meja makan. Aku cuma diam, sudah masak
dengan perangai ayah yang suka menimbulkan soal jodoh padaku,
mentang-mentang usiaku sudah layak berkahwin, perkara itu juga yang
diutarakan ayah, hatiku terasa panas.

“Ayah selalu nampak pemuda tu di masjid kawasan kita ni, alim orangnya,
warak, sejuk hati ayah tengok dia. Ayah berkenan sangat.”

Ayah tersenyum padaku bagaikan mengharapkan sesuatu. Mentang-mentanglah
aku anak perempuan tunggal dalam keluarga, sibuk sungguh ayah mencarikan
jodoh untukku. Andai ibu masih hidup, pasti dia paham perasaanku yang
tidak suka dilayan sedemikian, pasti ibu menyokong aku. Aku tidak suka
ditentukan jodohku, biarlah aku mencari jodohku sendiri, itulah yang
sebaiknya.

“Ayah dah tanya pada keluarganya dan mereka dah bersetuju. Lelaki tu pun
tak ada halangan, dia setuju dengan pilihan keluarganya. Kamu macam mana?”
“Kenapa ayah pergi bertanya mereka tanpa pengetahuan kakak?” aku tidak
puas hati.
“Sebab ayah fikir tak ada jodoh yang lebih baik untuk kamu selain dia.
Tolonglah kakak, kali ni jangan tolak permintaan ayah,” ayahku cuba memujuk.

“Boleh tak kalau ayah tak carikan jodoh untuk kakak. Kakak tak sukalah
ayah,” aku membentak.
Aku bingkas bangun. Kata-kata ayah buatkan aku geram, pantas aku
meninggalkan meja makan, hilang seleraku pabila mendengar permintaan
ayah. Anak tangga banglo mewah itu segera kudaki menuju ke bilikku,
sampai di dalam bilik, aku melabuhkan diri di atas katil sambil memasang
radio kuat-kuat, tanda protes. Lagu Pelesit Kota dendangan kumpulan
Search membingitkan bilik itu, aku menghanggukkan kepala mengikut irama
lagu. Puas hati aku.

Tiba-tiba radio itu sepi. ‘Siapa pulak yang tutup radio ni?’ Aku
mengomel sendiri. Pantas aku berpaling. Abangku sedang berdiri di
hadapanku, lantas melabuhkan punggung di sisiku.

“Maleyka , kenapa buat ayah macam tu?” lembut abangku berbicara, aku
cuma mendiamkan diri.

“Eyka tahu kan, berdosa meninggikan suara pada orang tua,” kata-kata
abangku itu membuatkan aku terkedu, aku terlalu geram hingga tanpa sedar
aku meninggikan suara pada ayah.

“Eyka tak sengaja bang. Eyka geram bila ayah asyik sebut soal jodoh.
Eyka tak suka dijodohkan la abang.”
“Abang faham. Tapi Eyka tahu tak, jodoh yang direstui keluarga adalah
jodoh yang terbaik. Apatah lagi jodoh yang dipilih ayah sendiri.”

Wajah abangku itu segera ku pandang, abang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, kehidupannya bahagia walaupun ayah yang menetapkan jodoh tersebut usai abang habis pengajiannya di Universiti Al-Azhar.

“Eyka , dengar sini abang cakap ya, abang harap Eyka terima jodoh tu kali
ni. Abang pun setuju dengan pilihan ayah, abang selalu jugak berbual
dengan dia, dan abang rasa dia memang dia insan yang terbaik buat Eyka .
Eyka fikirlah masak-masak, tapi ingat, ayah takkan pilih sesuka hati,
dia teliti dulu orang tu sebelum pilih. Abang kenal sangat perangai
ayah, dia memang tak kisah soal lain, tapi soal jodoh anak-anak, dia
akan pastikan yang terbaik.”

Aku terdiam, benar juga kata abang. Lihat saja kakak iparku, baik saja
orangnya, aku sendiri malu berhadapan dengannya kerana kami bagaikan
langit dan bumi. Aku ni kasar, keras kepala, kakak iparku pula lemah
lembut dan penuh sopan santun.

“Eyka fikir dulu ya, abang cuma nasihatkan saja,” abangku bingkas bangun
dan keluar dari bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience