BAB 7

Drama Completed 769

Sejak kejadian tempoh hari, Hadeed Esra sering menghubungiku, mungkin
kerana aku tidak pernah menukar nombor telefonku maka begitu mudah
sekali dia dapat menghubungiku.

Aku hanya melayanku seperti rakan lama namun Hadeed Esra seolahnya
seperti mahu meraih cintaku semula. Pelbagai pujuk rayu diberikan padaku
walaupun berkali kuterangkan yang aku sudah bersuami.
Memang pernah ada rasa cintaku padanya dulu, namun aku sekarang sudah
bersuami. Hanya pada Iqbal Ishq saja selayaknya kuberikan seluruh
cintaku ini. Bukan lagi pada Hadeed Esra .

Hari itu aku nekad bertemu Hadeed Esra , dia berkali-kali memujuk aku
untuk bertemunya walaupun berkali-kali juga aku menolak. Kali ini aku
mengikut katanya untuk bertemu kerana aku ingin menyelesaikan segalanya
tanpa mahu berlengah lagi.

Taman tasik di pinggir bandar itu sunyi sekali kurasakan. Mungkin waktu
hari bekerja seperti itu, tiada siapa yang datang bersiar-siar. Hanya
sesekali kulihat kelibat orang berjogging.

“Dian …” aku segera berpaling pada suara itu. Hadeed Esra sedang
merenungku tajam.

“Hadeed , kita kena berbincang,” aku menegaskan padanya.

“I tak suka you ganggu I lagi. I dah bersuami Hadeed . Please understand.
Hubungan kita dah lama putus,” aku menyambung.

Setelah sekian lama terganggu dengan segala macam SMS dan panggilan
darinya yang tak henti merayu, sudah tiba masanya aku menerangkan
padanya supaya tidak mengangguku lagi.

“Ini baju yang pernah you berikan pada I dulu, kalau I tahu you inginkan
balasan pada pemberian ni, sumpah I takkan ambil dulu.”

“Dian …” Hadeed Esra cuba memegang tanganku saat aku menghulur
bungkusan itu padanya namun segera kutepis, aku bukan sepertiku yang
dulu yang sewenang-wenangnya membenarkan bukan muhrimku menyentuhku.
Mujur aku masih punya kesedaran dan maruah diri, jika tidak pasti
kesucianku sekali kukorbankan.

“Dian , kenapa you nak seksa hati you dengan bersama lelaki yang tak
pernah you cintai tu? Sudahlah dia tak mampu nak sediakan kemewahan
untuk you. You jangan risau, kalau you terima I, I akan berikan you
segala-galanya yang you inginkan.”

“Oh stop it Hadeed , I bukannya orang yang boleh disogok dengan
kemewahan. I dah muak hidup dalam kelalaian. I benar-benar mahu berubah
Hadeed . Suami I dah banyak bimbing I dan I bahagia bersamanya.”
“Stop that nonsense Dian ,” Hadeed Esra segera menarikku dalam
rangkulannya. Aku cuba meronta namun cengkaman Hadeed Esra terlalu
kuat untuk kulepaskan.

“You tahu tak dari dulu I idamkan untuk memiliki tubuh you, tapi you tak
pernah beri I peluang. Masa kita couple pun, you terlalu menjaga diri
you. Now it’s time for me untuk dapatkan segala yang I idamkan selama
ini,” Hadeed memelukku lebih erat.

“Jangan Hadeed , please jangan…” aku meronta dalam esak tangis yang kian
kuat.

“Allahu Akbar!” terdengar laungan takbir sebelum kulihat Hadeed Esra
tersungkur ke tanah. Iqbal Ishq segera mendapatkanku. Aku yang sedang
ketakutan segera memeluknya erat, tangisanku tak mampu kubendung lagi.

Hadeed Esra bangun sambil memegang kepalanya. “Aduhh…” dia kelihatan
sakit.

“Saudara, tolong jangan ganggu kami lagi. Kalau saudara cuba mengganggu
isteri saya, saya takkan teragak untuk melaporkan saudara kepada pihak
polis.”

Kata-kat Iqbal Ishq itu membuatkan Hadeed Esra merengus sebelum
berlalu dari tempat itu.

“Mujur Eyka lupa bawak handphone tadi, abang terbaca SMS dari lelaki tu,
sebab tu abang segera datang ke sini. Eyka tak apa-apa kan? Eyka tenang
ya. Abang ada di sini sayang, abang akan ada di sisi Eyka selalu lepas
ni,” kata-kata Iqbal Ishq benar-benar menenangkan aku.

“Abang, maafkan Eyka abang. Ampunkan Eyka .” Aku bersuara sebaik
semangatku kembali pulih.
“Sudahlah sayang, abang tahu ini semua bukan salah Eyka . Abang tahu Eyka
takkan menduakan abang,” keyakinan Iqbal Ishq buatkan aku terpegun.

“Macam mana abang boleh yakin dengan Eyka sedangkan Eyka sendiri tidak
yakin dengan diri Eyka ?”
“Sebab abang kenal isteri abang,” pendek jawapan Iqbal Ishq namun masih
bisa membuatkanku menitiskan air mata.

Perlahan Iqbal Ishq mengelus wajahku, air mata yang membasahi pipiku
segera disapu lantas dikucup lembut.

“Punya abang di sisi Eyka pun sudah cukup untuk Eyka merasa kemewahan,
mewah dalam cinta abang pada Eyka . Abang, Eyka cintakan abang.” lembut
aku bersuara padanya.

Iqbal Ishq tersenyum lantas memelukku.

“Abang pun cintakan Eyka , sayang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience