BAB 6

Drama Completed 769

Aku membelek abaya pemberian Hadeed Esra , rasa seronok yang tidak
terhingga kerana mendapat benda yang kuidamkan. Sudah lama aku tidak
merasa barang yang semahal itu.

“Eyka buat apa tu?” teguran dari Iqbal Ishq segera membuatku
menyorokkan abaya itu di bawah bantal.

“Tak ada apa bang…”

Iqbal Ishq segera menghampiriku tuntas menarik keluar abaya itu dari
bawah bantal. Aku gundah tidak terkata.

“Apa ni sayang? Eyka beli tadi ke?”

Perlahan aku mengangguk, terpaksa menipu kerana takut memberitahu bahawa
ada lelaki lain yang menghadiahi aku abaya itu.

Iqbal Ishq diam dan membelek-belek abaya itu.

“Cantik abaya ni, taka pa Eyka simpanlah,” aku terkesima, melihat
ketenangan Iqbal Ishq yang tidak melenting padaku.

“Jadi Eyka boleh simpan abaya ni bang?”

Iqbal Ishq mengangguk perlahan.

“Sekali sekala tak apalah Eyka , tapi jangan selalu. Membazir namanya,
membazir itukan saudara syaitan.” Iqbal Ishq sempat mengingatkan.

Aku mengangguk perlahan.

“Maafkan abang sebab tak mampu sediakan kemewahan seperti mana yang Eyka
kecapi dulu. Hidup abang sederhana saja, abang bersyukur sangat sebab
Eyka sudi menerima abang yang serba kekurangan ini.”

Perlahan aku menggeleng seraya tersenyum pada Iqbal Ishq .

“Mula-mula dulu memang Eyka tak tahan jugak, tapi lama-kelamaan Eyka
rasa bahagia sangat berada di sini bersama abang walaupun kehidupan Eyka
tak semewah dulu. Abang banyak mengajar Eyka erti kesabaran dan
kesederhanaan dalam kehidupan. Dulu Eyka terlalu hanyut dalam kemewahan
sampai lupa pada Allah. Eyka bersyukur sangat sebab ditemukan dengan
insan sebaik abang, yang mampu membimbing Eyka sebelum Eyka jauh tersesat.”

Iqbal Ishq tersenyum mendengar jawapanku.

“Abang yang bertuah sebab bertemu dengan teman hidup sesempurna Eyka ,”
perlahan Iqbal Ishq berbicara sambil wajahku dikucup.

“Terima kasih sayang,” Iqbal Ishq menyambung sebelum memelukku erat
dalam dakapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience