CHAPTER 6

Mystery Completed 1980

Bunyi jam loceng yang kuat itu memecah suasana yang nyaman pada pagi itu. Hana bangun untuk menghentikan bunyi tersebut. Dia memandang ke katil Tyra. Seperti biasa Tyra masih lena tidur sambil memeluk bantal kesayangannya. Tyra selalunya hanya akan bangun pada pukul 12 tengah hari (paling awal), atau pernah sekali Tyra bangun pukul 4 petang. Hana mengambil smart phone berwarna pinknya dengan harapan Damia akan memberi mesej kepadanya memberitahu punca dia tidak mahu bercakap dengan Hana. Tetapi harapan Hana hanya sia - sia.

Hana bersiap dah pergi menuju ke keretanya. Hana ingin menggambil udara segar jadi dia merancang untuk pergi ke Port Dickson. Perjalanan yang menggambil masa 1 jam setengah dari kolej Hana itu terasa sekejap kerana fikiran Hana terus memikirkan apa lagi yang akan dilakukan oleh Sara. Semasa Hana sedang asyik memandu, tiba - tiba ada sebuah kereta cuba menghimpit kereta Hana menyebabkan Hana hilang kawalan. Mujur tiada kereta lain di sepanjang jalan tersebut. Maka Hana senpat mengawal kembali keretanya. "Dah kenapa kereta ni mabuk ke apa siang - siang macam ni" marah Hana sambil memandang ke pemandu kereta tersebut. Wajah pemandu yang sangat dikenali Hana membuatkan dia tidak mampu untuk bergerak. Tubuh Hana seakan - akan membeku. Dia memberhentikan keretanya ditepi jalan dan setelah beberapa minit, Hana memandu pulang ke kolej.

****************************************************

Hana masuk ke dalam biliknya dan terus duduk di atas katil. Tyra sudah tiada di dalam bilik, mungkin keluar bersama boyfriend dia. Hana tiba - tiba menangis teresak - esak. Perasaan takut menyelubungi Hana. Hana memeluk teddy bear miliknya dengan erat dan terus menangis ketakutan.

****************************************************

2012....

Hana sedang asyik menyiapkan kerja rumahnya sambil mendengar lagu. Bunyi bising di ruang tamu bawah membuatkan Hana hilang focus. Dia terus turun untuk melihat apa yang sedang berlaku. "Hana pergi naik atas, masuk bilik and lock the door sayang. Dengar cakap daddy ni cepat Hana" resah suara Dato Luqman sambil memandang ke wajah puteri tunggalnya itu. Ibu Hana hanya menggangguk ketakutan di sebelah ayahnya. Hana memandang kearah lelaki yang bertopeng dan memegang pisau itu. Air mata Hana mula mengalir. Dia terus berlari mengikut apa yang disuruh ayahnya. Belum sempat Hana mengunci pintu, lelaki itu memegang tangan Hana dan menariknya turun ke bawah semula. "Aku akan jadi kan anak kau sebagai tebusan Luqman. Kalau kau nak dia selamat, pastikan apa yang aku nak siap sebelum meeting minggu depan." Lelaki itu terus mengangkat Hana masuk ke dalam kereta dan memecut dengan laju.

Hana berasa seolah - olah nyawanya sudah ditarik sepanjang perjalanan. Mata dan mulut Hana ditutup rapi dan tangan serta kaki Hana diikat dengan kemas. Kereta yang dipandu lelaki bertopeng itu memecut laju di sepanjang jalan kampung itu. Semasa tiba di persimpangan jalan, lelaki bertopeng itu terus memecut tanpa menghiraukan kereta lain. Hal itu menyebabkan kereta yang datang dari arah yang lain terpaksa berhenti. Kereta yang membawa Hana tadi kemudia merempuh sebuah kereta Myvi dihadapannya. Lelaki bertopeng itu mula resah. Dia terus memindahkan Hana ke tempat pemandu dan membuka ikatan tangan, kaki, mulut dan mata Hana. Dia kemudian keluar meninggalkan tempat kejadian. Pemandu perempuan yang memandu Myvi yang dilanggar lelaki bertopeng itu meraung kesakitan. Banyak darah mengalir dari tubuhnya.

Selang beberapa minit setelah kemalangan itu berlaku, seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal berkuasa tinggi berhenti berdekatan tempat kejadian. Terdapat sejambak bunga ditangan lelaki itu. Ryan turun dari motosikalnya dan bergerak menuju kepada pemandu myvi tadi. Jasad yang terlantar tidak bermaya itu ditenung lalu dia memeluk wanita itu sambil menangis. Wanita tersebut merupakan tunang Ryan Haiqal.
Ryan memandang tepat ke arah Hana. Ada perasaan dendam yang di simpan lelaki itu. Dato Luqman meminta polis untuk tidak memperbesarkan kejadian itu dan mengaku bahawa Hana yang memandu kenderaan tersebut walaupun polis mempunyai bukti bahawa Hana hanya dipindah ke tempat pemandu setelah kemalangan itu berlaku.

Dato Luqman berjumpa keluarga wanita itu dan menjelaskan hal yang sebenar dan memohon mereka untuk merahsiakan hal itu dari pengetahuan sesiapa pun demi keselamatan Hana. Dia juga membantu segala kos rawatan dan pengebumian mangsa tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience