Sara bergegas menuju ke rumah Hana. Setibanya dia dihadapan rumah Hana, kelihatan ramai saudara - mara Hana sedang berdiri di hadapan rumah. Semua kelihatan sedih dan ada yang menangis teresak - esak. Sara berjalan perlahan - lahan menuju kepada mereka dan bertanya mengenai Hana. Tiba - tiba ibu Hana muncul dan memanggil Sara. Dia memberitahu Sara bahawa Hana telah pun meniggal dunia. Sara terus terduduk melutut di hadapan pagar rumah tersebut. Air mata Sara terus mengalir bagaikan hujan dan hati Sara terasa seperti dirobek - robek. Dia sangat menyesal dengan segalanya.
Ibu Hana membawa Sara ke dalam rumah untuk melihat Hana buat kali terakhir lalu dia bergerak ke atas untuk menggambil sesuatu. Ibu Hana menghulurkan sebuah kotak hadiah hitam kepada Sara. "Ni ada sesuatu yang Hana amanatkan Aunty untuk bagi dekat Sara." Sara menggambil kotak tersebut lalu mandang sayu ke arah jenazah Hana.
****************************************************
Pengebumian Hana berjalan dengan lancar. Suasana hari tersebut sangat nyaman dan redup seolah - olah meredhai pemergian insan malang itu.
Sara berdiri dibelakang pohon berdekatan dengan kubur Hana. Matanya masih lagi berair. Sara memegang erat kotak hitam yang diberi kepadanya tadi. Dia memandang ke arah kubur Hana dan setelah beberapa jam dia disitu, Sara pun beransur pulang. Sepanjang Sara berdiri disitu, seorang wanita berpakaian baju putih dengan wajah yang suci berdiri memerhatikan gerak - gerinya. Apabila Sara pulang, wanita itu tersenyum manis.
Setelah Sara tiba dirumahnya. Dia membuka kotak hitam tersebut. Kelihatan dua buah buku nota, gambar - gambar lama dan beberapa pucuk surat. Sara membelek gambar - gambar tersebut. Semua gambar mereka berdua dari zaman tadika hinggalah ke gambar terakhir yang diambil bersama di tinggkatan 3. Sara melihat dua buah buku tersebut. Salah satunya tertulis my little diary manakala satu lagi tertulis Comic Fantasy Hana. Diary tersebut dibaca satu persatu oleh Sara dan air matanya mula bergenang. Dia tidak pernah tahu apa yang perlu dilalui Hana demi menjaga dirinya. Sara membuka pula Comic yang dilukis Hana. Terdapat dua watak didalam Comic tersebut. Watak itu adalah Hana dan Sara.
Dalam comic fantasy yang dicipta Hana itu, kedua-dua watak tersebut kelihatan sangat bahagia. Watak itu dicipta oleh Hana sejak Sara menghilangkan diri. Comic itu mentafsirkan harapan Hana jika segalanya tidak berlaku seperti apa yang telah terjadi. Sara melihat pula setiap surat yang ditulis oleh Hana tetapi tidak ada alamat. Setiap ayat didalam surat itu bermula dengan satu nama "Dear Sara, my beloved bestfriend". Sara terus menangis membaca surat - surat tersebut. Surat yang ditulis dari Hana berkenaan rasa kesalnya dia kerana terpaksa menjadikan persahabatan mereka sebagai mangsa. Dan Hana juga menulis bahawa dia tidak pernah kesal dengan keputusan dia kerana dia tidak mahu Sara bergaduh dengan abangnya.
" ONLY WEAK PEOPLE WILL REVENGE " kata - kata itu diungkap Sara sambil memeluk kotak yang diberi oleh Hana itu.
TAMAT.
Share this novel