2012.....
Suasana pilu menyelubungi ruangan icu di hospital tersebut. Kelihatan seorang lelaki sedang menangis teresak - esak sambil memegang sejambak bunga ros merah. Baju yang dipakainya deseliputi darah.........
****************************************************
Sara berjalan melangkah masuk ke dalam kelas 2 Arif dengan harapan Hana ada didalam kelas tersebut. Maklumlah dah seminggu cuti sekolah. Hana pula tak dapat dihubungi masa cuti. Sara membawa hadiah yang dibeli khas buat Hana dari Hong Kong. Perasaan kecewa sedikit menyelubungi Sara. "Mana Hana ni. Selalunya dia yang paling awal datang kelas" detus Sara didalam hatinya.
Loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan. Muka Sara masam seharian kerana Hana tidak datang ke sekolah hari ini. Sara terus pulang menuju le rumah Hana. Apabila tiba di rumah Hana. Bibik Hana memberitahu Sara bahawa Hana masih belum pulang dari bercuti. Jadi Sara hanya pulang dengan rasa kesal. Dia kecewa kerana Hana langsung tidak menghubunginya.
Disebalik langsir rumah banglo tiga tingkat itu, kelihatan Hana sedang memerhatikan sahabatnya itu. Dia hanya memandang dengan rasa kesal dan bersalah. Pintu bilik Hana dibuka dan bibik Hana memberitahu kepada Hana bahawa Sara sudah pulang ke rumahnya. Hana hanya tersenyum pahit.
****************************************************
Beberapa hari kemudian, Hana kembali bersekolah seperti biasa. "Ohhh pandai datang sekolah rupanya. Ingatkan bercuti sampai nak duduk sana terus" perli Sara kepada Hana dengan nada sedikit marah. Hana meghulurkan hadiah yang dibeli di Jepun. "Sorry Sara. I tak bawa phone masa pergi Jepun haritu. Sebab nak relax kan otak ni without any influence of gadgets." Jawab Hana sambil memegang hujung baju Sara. "Fine. Your apologize will be accepted if you belanja i makan pizza harini. Boleh ke?" balas Sara sambil membuat muka merajuknya. "Anything for you. Okay after sekolah kita lepak pizza hut."
Share this novel