Ryan menghentikan kereta dihadapan kolej Sara. Tiba - tiba dia terlihat Hana yang sedang berjalan menuju ke keretanya. Terdapat kesan calar dikereta Hana. Dia teringat bahawa dia pernah cuba membunuh Hana dengan melanggar kereta Hana. Tetapi percubaan dia tidak berhasil. Rasa bersalah tiba - tiba menyelubungi Ryan apabila dia teringat cerita Aunty Deena. Hadiah yang dikirin Aunty Deena ditenung Ryan. "Along bukak la kunci pintu ni" Sara mengetuk - ngetuk tingkat kereta apabila dia melihat abangnya itu berangan. "Ni hadiah untuk siapa" soal Sara. "Tak ada siapa lah" "Along ada girlfriend baru ehhh" Usik Sara. Sara tahu abang nya masih tidak dapat melupakan bekas tunangnya itu. "Bukanlah" jawab Ryan rinskas. Selesai menghantar Sara kerumah, Ryan keluar untuk pergi ke rumah Hana. Apabila dia sampai dihadapan rumah Hana, sebuah kereta keluar dari halaman rumah sambil memecut laju. Ryan menekan loceng dan memberi salam. "Ya ada apa? Tuan rumah nya lagi keluar. Anaknya sakit." jawab orang gaji Hana apabila ternampak Ryan. "Sakit apa ya? Hana ke yang sakit?" soalan yang keluar tanpa disangka Ryan. "Iya. Anak nya tuan seorang sahaja. Hana. Tadi Hana tiba - tiba merungut sakit kepala lepas tu dia pengsan" bibik Hana hanya menjawab soalan Ryan. "ohh. Kalau macam tu tak apa lah. Ni ada hadiah dari ibu saya untuk Hana. Tolong bagi dekat Hana nanti" bibik hanya mengangguk dan masuk ke dalam rumah.
****************************************************
Apabila pulang ke rumah, Ryan melihat Sara yang sedang duduk termenung. Dia sedar Sara sudah tidak seceria Sara yang dahulu semasa dia berkawab dengan Hana. Adik nya yang bertimbang rasa dan sering tersenyum berubah sekelip mana kerana dia sendiri. "Sara, along ada benda nak beritahu Sara" Sara memandang abangnya pelik. "Benda apa along?" Ryan mula bercerita apa yang berlaku dari mula hingga akhir. Air mata Sara mula bergenang. Dia mula teringat apa yang pernah dia lakukan kepada Hana. Sara menjadi punca Hana kehilangan sahabatnya di kolej. Sara juga pernah menolak Hana hingga Hana jatuh dari tangga. Tetapi Hana tidak sedikit pun marah atau melaporkan Sara kepada pihak atasan. Malah Hana sendiri mengundurkan diri dari permainan Sara.
Share this novel