CHAPTER 2

Mystery Completed 1980

2018....

Suasana yang dingin malam itu membuatkan mood Hana untuk menyiapkan assignmentnya hilang. Mata Hana semakin kuyup dan katil disebelahnya seakan memanggil - manggil Hana untuk tidur. Setelah beberapa minit melelapkan mata, Hana tersedar dek kerana bunyi pintu biliknya seakan - akan cuba dibuka.

Hana berasa tidak sedap hati lalu dia menggambil gunting yang berada di dalam laci meja belajarnya. Hana berjalan mendekati pintu tersebut sambil menggenggam erat gunting ditangannya. Dia sedia berdepan dengan risiko yang bakal dihadapinya.

Setelah menghampiri pintu, Hana terdengar keluhan seseorang dibalik pintu itu. Suara yang sangat dikenalinya. Dia pun membuka pintu dan kelihatan Tyra berdiri seperti pencuri dihadapan pintu tersebut. Tyra merupakan teman sebilik Hana sejak semester 1 lagi. "Kau dah kenapa macam pencuri ni. Kau nampak tak gunting ni. Nasib baik aku tak tikam kau tahu tak!!" Marah Hana kepada sahabat sebiliknya itu. "Hahahaahahah sorry weh. Aku tertinggal kunci. Nak kejutkan kau aku tak sampai hati. Ya la dah pukul 3 pagi kot ni. Aku ingat kau dah tidur" Tyra menjawab sambil membuat muka comelnya dengan harapan Hana memaafkan dia.

"Memang aku dah tidur tapi kalau kau dah macam nak robohkan pintu ni tak ke terkejut aku. Kau pergi mana sampai 3 pagi baru nak balik. Ingatkan dah tak tahu jalan balik kolej." Hana memerli Tyra. Hana sudah masak dengan perangai Tyra yang memang suka keluar date dengan boyfriend dia. Kadang - kadang tak balik kolej pun. Hana macam tinggal sorang - sorang je dekat bilik tu. "Pergi jalan - jalan kejap tadi. Btw, thanks tak bunuh aku." Hana hanya tertawa kecil memikirkan apa yang mungkin dibuatnya tadi.

Disebalik tangga berdekatan dengan bilik Hana, ada seseorang yang sedang berdiri dan asyik melihat perbualan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience