"Sampai hati kau buat aku macam ni kan Hana. Aku anggap kau macam family aku sendiri, tapi kau fitnah aku depan orang kan" marah Tyra tiba - tiba setelah pulang dari kelas. "Apa kau cakap ni Tyra." Hana yang sedang makan di atas meja belajarnya terpinga - pinga. "Dah la kau tak payah cakap apa - apa dengan aku lagi" tegas Tyra lalu keluar meninggalkan bilik itu. "Sara. Tak sangka sejauh ni kau pergi." nama yang tiba-tiba terlintas di fikiran Hana.
Hana mula mengenang kembali kejadian duka yang telah menyebabkan putusnya persahabatan dia dengan Sara.
5 Tahun Lepas....
Sara dan Hana dikurung didalam sebuah kilang lama ditengah - tengah hutan. Tangan dan kaki mereka diikat kemas. "Hana bangun Hana" bisik Sara kepada Hana yang diikat dibelakangnya. Hana memang sudah bangun sejak awal - awal mereka duculik tetapi dia hanya berdiam. Trauma akibat kejadian dia diculik di rumahnya sendiri masih segar dalam ingatan Hana. Tetapi Sara tidak tahu menganai hal tersebut. Hana memberitahu Sara bahawa dia bercuti di Jepun sedangkan dia dirawat di Hospital. Bunyi tapak kaki seseorang menghampiri mereka berdua menyebabkan Sara mula mengalirkan air mata.
"Dah bangun pun korang berdua. Hmmm aku tengah bosan ni. Apa kata kita main game. Game ni best tau." Lelaki yang tinggi memakai topeng itu ketawa sambil memegang pistol di tangannya. kata - kata lelaki itu membuatkan jantung Hana dan Sara berdegup kencang. Dia memaksa mereka menghadap sesama sendiri dan menghulurkan pisau kepada Hana dan Sara. "Nama game ni "Death Game". Siapa cepat dia selamat" lelaki itu memandang mereka dan megacukan pistol ke arah Hana. "Cepat la tikam kawan kau" dia menjerit kepada mereka berdua.
Sara sangat menyayangi Hana dan dia tidak akan mencederakan Hana. Tetapi dia juga berharap Hana tidak akan mencederakan dia. Tetapi Hana tanpa berfikir panjang terus menikam Sara. "Aku dah tikam dia. Kau kata siapa bertindak dulu dia selamat." Kata - kata yang keluar dari mulut Hana itu sangat mengejutkan Sara. Sara yang kesakitan hanya mengalirkan air mata. Lelaki itu melepaskan ikatan Hana dan Hana pergi tanpa berpaling ke belakang. Hati Hana sangat sakit kerana dia terpaksa mencederakan sahabatnya itu demi kebaikan Sara sendiri dan demi keselamatan keluarga Hana.
Lelaki tadi terus mengangkat Sara yang terbaring kaku dan membawanya ke Hospital yang berdekatan.
****************************************************
1 hari kemudian....
"Sara, Sara okay tak? Bahu Sara sakit lagi ke?" soal Ryan setelah melihat Sara membuka matanya. Sara tidak menjawab apa - apa dan memandang ke arah tingkap. "Hati Sara sakit along" Jawab Sara perlahan. Selepas kejadian itu, Sara dan abangnya berpindah ke Canada. Sara hanya ada abangnya seorang sahaja. Ibu dan bapa Sara sudah meninggal sejak Sara kecil lagi. Keluarnya mereka mempunyai rumah peninggalan nenek Sara di Canada. Ryan membuat keputusan tersebut demi kebaikan Sara. Dia tidak mahu Sara berhubung dengan Hana lagi.
****************************************************
Hana mengambil ubat - ubat yang berada didalam laci dan menelan satu persatu. Hana sering sakit sejak dia kemalangan 5 tahun lalu. Hana memandang gambar keluarganya yang tergantung di hadapan katil nya dan tersenyum. Bagi Hana, walaupun dia sudah kehilangan Damia dan Tyra, sekurang - kurangnya ibu bapa dia masih ada dengan Hana. Hana membuat keputusan untuk berulang - alik ke kelas kerana dia tidak mahu Tyra tidur di luar hanya kerana tidak mahu melihat muka dia di bilik. Hana juga menukar kelas kerana dia tahu Damia sangat marah kepada dia. Segala yang dirancang Sara memang berjaya membuatkan Hana kelilangan semua orang yang berada di sekeliling dia. Hana masih teringat kata-kata Sara "Hana you tak layak ada seorang kawan pun sebab you memang perempuan tak guna." Hana menerima kata - kata itu kerana dia tidak mampu melakukan apa - apa. Segala keputusan Hana hanyalah demi kebaikan Sara sendiri.
****************************************************
"Ryan, boleh tolong Aunty tak? Hadiah ni Ryan tolong hantarkan dekat alamat ni. Aunty nak bagi sesuatu dekat dia ni sebelum Aunty pindah ke Singapore." Aunty Deena menghulurkan beg hadiah yanh dibungkus kemas kepada Ryan. Sejak kematian Dania, Ryan sering melawat Aunty Deena yang merupakan ibu kepada bekas tunangnya itu. Aunty Deena sudah seperti ibu kandung Ryan sendiri. "Siapa dia tu Aunty? Anak angkat Aunty ke?" gurau Ryan. "Bukan lah. Ryan ingat tak budak yang kemalangan sekali dengan Dania haritu?" muka Ryan tiba-tiba berubah apabila ditanya soal Hana. "Budak yang langgar Dania tu. Mesti lah Ryan akan ingat dia sampai mati Aunty. Kenapa Aunty nak bagi dekat dia hadiah. Dia yang bunuh Dania." jelas Ryan dalam nada yang marah. "Aunty tak sempat nak bagi tahu Ryan dulu. Ryan dah pindah ke Canada. Dah tu tak call Aunty pula tu. Family Hana datang jumpa Aunty. Diaorang terangkan apa yang terjadi dekat Hana. Masa hari kejadian, bukan Hana yang drive kereta tapi Uncle Hana. Abang sulung Dato Luqman. Abang dia marah sebab Dato Luqman yang dapat harta ayah mereka jadi dia ugut untuk bunuh Hana kalau mereka tak tukar nama syarikat bawah nama dia. Hana tak tahu apa -apa sebab Uncle dia pakai topeng masa culik Hana. Lepas je dia terlanggar kereta Dania, dia pindah kan Hana ke tempat pemandu. Dato Luqman minta kami diamkan perkara ini sebab lelaki tu abang dia. Abang dia pun dah meninggal kena langgar masa dia cuba nak lari dari tempat kejadian. Hana memang tak tahu apa - apa. Dia tak tahu langsung orang yang culik dia tu Uncle dia sendiri. Mula - mula Aunty tak percaya. Tapi Dato Luqman bawa Aunty tengok keadaan Hana dengan tangan dan kaki dia masih lagi ada bekas ikatan. Doctor kata sebenarnya satu keajaiban untuk Hana sedar dan mungkin akan ada kesan sampingan dalam jangka masa panjang" Ryan sangat terkesan mendengar penjelasan Aunty Deena mengenai Hana. Dia tiba - tiba teringat sesuatu.
5 tahun lepas......
Ryan memberhentikan kereta dihadapan rumah Hana. "Eh abang Ryan. Buat apa dekat sini. Sara nak jumpa Hana ke?" soal Hana setelah melihat Ryan dia hadapan rumah dia. "Sara mintak abang tolong jemput Hana. Naik lah abang hantarkan Hana dekat rumah. Hana tolong teman Sara tau harini. Abang nak keluar." Hana terus masuk kedalam kereta yang dipandu Ryan. "Eh ni bukan jalan nak pergi rumah abang kan? Kita nak pergi mana ni" Hana mula cuak apabila jalan yang dilalui mereka semakin kelihatan aneh. Ryan tidak bersuara dan memecut laju. Mereka tiba dia sebuah kilang lama ditengah hutan. Ryan memaksa Hana turun dan mengikat kaki dan tangan Hana. Hana menangis ketakutan. Dia tidak tahu mengapa Ryan yang selama ini sangat baik dengan dia bersikap seperti ini. "Kau nak tahu kenapa aku bawa kau datang sini" soal Ryan tegas. Hana hanya menggelengkan kepala. "Kau tu pembunuh. Aku tak nak pembunuh macam kau dekat dengan adik aku" Ryan mula menggeluarkan pistol dari dalam begnya. "Aku tahu Sara sayang sangat dekat kau dan susah untuk buat dia benci kau. Aku dah buat macam - macam siap pastikan kau rapat dengan lelaki yang dia suka pun Sara masih taknak benci kau. So aku ada rancangan baru. Kalau kau sendiri yang tunjuk dekat dia yang kau ni pembunuh, mungkin baru dia benci kau" kata Ryan sambil ketawa sinis. "Saya tak bunuh siapa - siapa pun" jawab Hana sambil memandang kearah Ryan. "Kau tak bunuh sesiapa? Kau langgar tunang aku" Ryan mula menjerit. "kalau kau nak family kau selamat kau kena ikut plan aku" Ryan menunjukkan cctv di dalam kereta Dato Luqman. "Driver ni orang aku. Aku boleh suruh dia tembak ayah kau bila - bila masa je. And one more thing, kalau kau nak Sara hidup happy lebih baik kau ikut cakap aku. Takkan kau nak biar Sara tengok kawan dia mati, abang dia masuk penjara, kesian Sara. Dah la dia tak ada family selain aku." kata - kata itu membuatkan Hana terdiam. Sara memang ada dia dan abangnya sahaja. Sara buka seorang yang suka bergaul dengan orang lain.
"Plan aku. Nanti aku akan suruh kau dengan Sara main game. Aku nak kau tikam bahu Sara dan terus pergi dari tempan ni. Jangan pandang Sara sikit pun. Aku nak dia rasa kena tikam dengan kawan baik dia sendiri baru dia akan benci kau." Hana hanya berdiam diri sambil menangis. Dia tidak mahu melukakan Sara tetapi kalau Ryan bunuh dia dan ayahnya, sudah tentu Ryan akan dihukum gantung dan Sara tak akan ada sesiapa lagi untuk menjaga dia.
****************************************************
Share this novel