CHAPTER 4

Mystery Completed 1980

2018.....

Hana duduk diatas katilnya sambil membuka sebuah kotak hadiah yang berwarna hitam. Didalam kotak tersebut ada dua buah buku (satu adalah diary Hana dan satu lagi buku lukisan Hana), gambar - gambar lama Hana, dan banyak surat yang ditulis oleh Hana tetapi tidah beralamat. Hana membelek gambar - gambar lama itu lalu tersenyum. Sebuah senyuman yang tidak dapat ditafsirkan. Kotak tersebut kembali ditutup dan disimpan.

Hana kemudian kembali meneruskan kerja yang perlu disiapkannya. Hana sesikit kehilangan focus untuk belajar malam itu tetapi dia tetap cuba untuk memotivasikan diri dan terus belajar. Tyra masuk ke dalam bilik sambil memegang sepucuk surat yang tertulis nama Hana diatasnya. "Hana ni ada surat untuk kau. Aku jumpa kat bawah pintu ni. Wahh ada secret admire nampaknya." Gurau Tyra. " Surat? Dari siapa" Hana kelihatan sedikit bingung. "Entahlah" Jawab Tyra sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hana.

Hana membuka surat tersebut. Dia mengamati sebaris ayat yang tertulis diatas surat tersebut. Wajahnya tiba - tiba bertukar pucat. "I WILL NEVER FORGET WHAT YOU HAVE DONE TO ME HANA FARISYA!!". "Dari siapa tu?" soalan dari Tyra mengejutkan Hana dari lamunannya. "Tak ada siapalah. Classmate aku kot saja nak bergurau" jawab Hana tanpa berpaling menghadap Tyra.

****************************************************

Keesokkan hari di kelas. Kecoh gossip mengenai seorang pelajar baru yang berpindah masuk ke College mereka. Dari apa yang didengari Hana, budak perempuan tu sangat cantik. Sebab tu la classmate lelaki diaorang tiba - tiba pakai bukan main kemas siap pakai perfume satu botol lagi. Hana menyumbat earphone ke dalam telinganya dan memasang lagu dengan kuat kemudian melentokkan kepalanya ke meja untuk tidur.

10 minit sebelum kelas bermula, kelihatan seorang perempuan masuk ke dalam kelas. Perempuan itu memakai baju kurung biru dan rambutnya yang panjang itu didandan kemas seperti gadis melayu terakhir. Dia mula mengenalkan dirinya dan tersenyum manis menampakkan lesung pipit yang dalam di kedua - dua belah pipinya. "Hai nama saya Sara Qistina. I'm from KL. Boleh panggil Sara je." Ringkas sahaja pengenalannya. Gadis itu memandang tepat kearah Hana yang sedang tidur. Kemudian dia mengambil tempat dihadapan Hana.

"Hana lect dah masuk bangunn" Damia mengejutkan Hana seperti selalu. Hana bangun dan mencabut earphone dari telinganya. Dia terpandang Sara yang berada dihadapannya tetapi hanya melihat dari arah belalang. Kelas lecture selama dua jam itu terasa sungguh lama bagi Sara. Dia ingin sekali berpaling ke arah Hana dah menjerit "ARE YOU HAPPY WITH YOUR LIFE. YOU ADA MENYESAL APA - APA YANG YOU PERNAH BUAT TAK?" tetapi dia cuba mengawal dirinya. Selesai sahaja dua jam kelas, Sara terus bangun dari tempat duduknya dan sengaja melanggar meja Hana yang berada dibelakangnya. "ohh Sorry. I tak sengaja" Suara yang cukup dikenali Hana itu menarik perhatiannya untuk terus melihat ke arah pemiliknya.

Hana terpaku melihat wajah Sara yang sedang berdiri di hadapannya. Perasaannya bercampur baur. Separuh dari dirinya ingin memeluk Sara dan memohon ampun kepada gadis itu. Manakala separuh lagi diri Hana perlu mengelakkan diri dari Sara. "Its okay" ringkas jawapan dari Hana dan dia terus berlalu pegi. Jawapan yang didengari Sara itu menambahkan lagi perasan benci dia terhadap Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience