BAB 2

Romance Completed 1519

Memandangkan perpustakaan tidak dibuka, dia mengambil keputusan untuk duduk di sebuah meja yang boleh memuatkan seramai empat orang di luar perpustakaan itu. Badannya sungguh tidak bermaya pada waktu itu. Dia seperti mahu pengsan sahaja di depan pintu perpustakaan itu. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia pulang ke rumah.

Kuliah Bahasa Arab akan bermula pada pukul dua petang dan sekarang baru pukul 10.30 pagi. Ini bermakna masih ada tiga jam setengah lagi sebelum kuliah Bahasa Arab yang diajar oleh Ustaz Faiz itu akan bermula.

Namun, jika dia pulang sudah pasti akan menelan belanja yang besar. Tambang perjalanan dengan menaiki teksi dari kolej ke rumahnya adalah RM10. Jika dia pulang bermakna dia perlu mengorbankan RM10 yang akan dia gunakan untuk pulang setelah kuliah Bahasa Arab itu petang nanti.

Apabila dibuat campur tolak darab dan bahagi dia mengambil keputusan untuk terus duduk di kolej sehingga tamat kuliah Bahasa Arab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience