“Korang dah ulangkaji Arab?”
Soal Yaya kepada semua sahabatnya.
“Ulangkaji apanya? Aku tiru je nanti.”
Jawab Siti selamba. Mereka tertawa mendengar kata kata Siti.
Tepat pukul dua petang, semua rakan sekuliahnya sudah masuk ke kelas itu. Kemudian Ustaz Faiz turut masuk.
“Assalamualaikum.”
Ucap Ustaz Faiz kepada semua pelajarnya di dalam kelas itu.
“Waalaikumussalam.”
Jawab mereka serentak.
“Kaifa halukum?”
Soal Ustaz Faiz dalam Bahasa Arab yang bermaksud kamu semua apa khabar.
“Alhamdulillah, ana bikhair.”
Jawab semua pelajar di dalam kelas itu yang bermaksud ‘Alhamdulillah, saya sihat.’
“Baiklah, seperti yang kamu semua ketahui bahawa pada hari ini akan diadakan ujian bertulis Bahasa Arab. Simpan semua buku dan nota kamu sekarang. Saya akan edarkan kertas ujian.”
Ujar Ustaz Faiz.
Share this novel