BAB 7

Romance Completed 1519

Semua pelajar di kelas itu menyimpan buku teks Bahasa Arab di dalam beg mereka namun mereka tidak pula menyimpan nota nota tersebut. Pelbagai cara mereka gunakan untuk menyembunyikan nota nota mereka termasuklah Yaya. Dia menymbunyikan notanya di bawah peha. Ustaz Faiz pula mengedarkan kertas ujian Bahasa Arab itu kepada setiap pelajar yang berada di dalam kelas itu.

“Okey, kamu semua boleh mula sekarang.”

Kata Ustaz Faiz. Semua palajar di kelas itu mula menulis sesuatu di ruangan jawapan yang disediakan. Apabila tidak disedari oleh Ustaz Faiz, ada diantara mereka (termasuk Yaya) melihat nota mereka. Apabila Ustaz Faiz pergi kepada mereka, mereka akan berpura pura menjawab soalan itu dengan bersungguh sungguh.

Begitu juga dengan Yaya. Apabila Ustaz Faiz singgah di mejanya dia akan berpura pura menjawab soalan soalan di dalam kertas itu dengan bersungguh sungguh tanpa melihat nota yang berada di bawah kakinya. Apabila Ustaz Faiz pergi sahaja, dia mula melihat semula notanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience