Keeseokkannya, dia memanjat tangga blok pensyarah itu untuk berjumpa dengan Ustaz Faiz. Tidak putus putus doanya dipanjatkan ke hadrat Allah Azza Wajalla agar Ustaz Faiz menerima permohonan maaf darinya. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Ustaz Faiz perasaan berdebar debar dan berbelah bahagi silih berganti menghujani tangkai hatinya.
Dia sudah mula berbelah bahagi sama ada mahu meminta maaf atau tidak. Jika dia meminta maaf, rasa malu pula yang membedal kalbunya. Dia sudah mula keliru. Tiba tiba pintu bilik itu terbuka dan muncul Ustaz Faiz di muka pintu itu.
“Haa, Yayaa. Ada apa datang ni?”
Soal Ustaz Faiz kebingungan. Dia menjadi hairan mengapa Yaya datang ke biliknya pada awal pagi begini.
“Ustaz, ustaz sibuk tak sekarang ni?”
Soal Yaya meminta kepastian.
“Tidak. Kenapa?”
Ustaz Faiz bertanya lagi.
“Ada perkara yang saya nak cakap dengan Ustaz.”
Jawab Yaya.
“Kalau macam tu masuklah.”
Ustaz Faiz mempelawa.
Yaya lantas masuk ke dalam bilik itu. Dia duduk secara berhadapan dengan Ustaz yang berada dalam lingkungan 30an itu. Yaya lantas menceritakan apa yang telah berlaku semalam dan memohon seribu kemaafan dan ustaz yang baik itu.
“Yaya, saya sebenarnya tak marah awak tapi awak mesti ingat bahawa meniru dalam peperiksaan adalah satu perkara yang salah dari segi undang undang kolej. Tambahan pula apabila kita meniru keberkatan ilmu itu akan hilang. Saya boleh maafkan awak asalkan awak boleh berjanji yang awak takkan ulangi kesilapan ini lagi.”
Ujar Ustaz Faiz.
“Baiklah. Saya takkan ulangi perbuatan ini lagi.”
Jawab Yaya sambil tersenyum dan berazam untuk tidak meniru lagi.
Share this novel