BAB 1

Romance Completed 1519

Cuaca panas yang membakar diri Yaya itu telah membuatkan tubuhnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Entah mengapa sejak turun dari teksi pagi tadi tubuhnya seperti mahu demam. Kepalanya tiba tiba sakit. Mungkin kerana cuaca panas yang melanda bumi Malaysia pada waktu ini telah menyebabkan kepalanya diserang sakit. Selepas tamat kuliah Undang Undang Perniagaan bersama Puan Ida tadi dia lantas menuju ke perpustakaan kolej.

Niatnya mahu membuat nota Bahasa Arab dan kalau boleh mahu melelapkan mata seminit dua dalam perpustakaan yang dihiasi dengan pendingin hawa yang sungguh sejuk itu. Harapannya hancur dan luluh apabila melihat nota di pintu perpustakaan itu yang mengatakan bahawa perpustakaan terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana bekalan elektrik terputus.

Dia berasa pelik bin aneh apabila sejak tiga hari lalu bekalan elektrik di kolejnya selalu terputus. Apa sebab musababnya? Dia tidak tahu.

“Mungkin pihak pengurusan kolej tidak membayar bil elektrik kepada TNB agaknya.”

Itulah ayat yang terdetik di fikiran Yaya namun segera ditepisnya secepat mungkin. Mana mungkin sebuah kolej swasta seperti ini tidak mampu untuk membayar bil elektrik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience