BAB 5

Romance Completed 1519

Seandainya perkara itu bisa dilakukan, sudah pasti dia lakukan. Setelah menyimpan buku teks Bahasa Arab dan kertas kajangnya, dia lantas merebahkan kepalanya di atas meja untuk merehatkan mata dan kepalanya yang seperti mahu tercabut itu. Dia cuba melelapkan mata. Ya, dia boleh tidur tetapi tidur tidur ayam sahaja.

Dia sukar untuk belayar ke alam mimpi apabila mendengar dua orang pelajar perempuan yang duduk tidak jauh dari mejanya ketawa dan mengilai dengan kuat.

“Tak guna betul budak ni. Gelak la perlahan lahan. Awak tu perempuan. Buat la cara perempuan.”

Seranahnya di dalam hati. Tidurnya juga terganggu apabila beberapa orang pelajar lelaki yang sedang bercakap dengan kuat seperti petir.

Hatinya tambah terbakar apabila beberapa orang pekerja Indonesia di kolej itu yang bertugas sebagai tukang sapu saling bergurau senda antara satu sama lain sehingga mengeluarkan bunyi bising. Tidak putus putus sumpah campur seranah yang terbit dari mulutnya.

Setelah semua gangguan itu pergi barulah dia cuba melelapkan mata namun tetap tidak boleh. Ini kerana cuaca panas terik itu membuatkan dirinya tidak selesa dan tidurnya terganggu. Dia hanya tidur tidur ayam sahaja. Tepat pukul 1.30 petang, Yaya bergerak masuk ke kelas. dia melihat sahabatnya – Siti, Semah, Nadia dan Farah sudah ada di dalam kelas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience