BAB 4

Romance Completed 16283

Aku tulis pun salah. Tengok depan pun salah. Aku rasa serba tak kena je ni. sebab aku dapat kesan seseorang sedang perhatikan aku. Haish!

Tumpuan aku jadi terganggu. Dah lah lapar. Akhirnya, aku menukar tempat dengan Aisyah agar diriku dilindungi Aisyah yang tinggi sikit daripada aku ni. Fuh! Lega!

“ Okay semua. Kita akan…”

Aku dah tak dapat hadam apa kata-kata yang telah disampaikan sebab ngantuk menguasai diri aku. dan rasa sakit ni tiba-tiba berdenyut-denyut. Mahu tak mahu aku terpaksa tahan.

Tiba-tiba sikuku disenggol. Aku menoleh ke arah Aisyah. Dia menghulurkan aku sehelai kertas yang dilipat kecil-kecil. aku mengambil tanpa banyak songeh.

Awak tak okay. Saya nampak. Kenapa awak tak beritahu keadaan awak pada ketua?
~LH~

Aku pantas mengerling ke arah kiri di mana pemberi surat ini berada. Aku tahu siapa yang bagi sebab dia je yang selalu perhati aku. bila aku nampak dia yang tengah khusyuk mendengar ceramah itu, aku mengeluh kecil. kenapa dia terlalu ambil berat fasal aku? ini kali pertama ada seseorang yang bernama lelaki sedar kehadiran aku di sini.

“ Balaslah. Dia tengah tunggu tu.” Bisik Aisyah tanpa melihat aku.

Dengan lemahnya aku membalas surat dia.

Terima kasih tapi tak mengapa. Saya okay. Thanks again.

Selepas tulis apa yang patut, pantas kertas itu dihulurkan buat Aisyah agar diberikan kepada dia. Nama dia Lokman Hakim. Macam mana aku tahu? Dia menjadi perhatian dalam kursus ni. sebab dalam kursus ni ada dua orang yang bernama Lokman Hakim. Dan dua-dua orang ni nakal. Haha.

“ Ada orang tu dilamun cinta.”

Aku tahan senyum. Siapalah yang Aisyah maksudkan kalau bukan Lokman tu. Akhirnya aku hanya menongkat dagu dan memandang ke hadapan. Arh! Tak sabar menunggu hari esok. Nak baliklah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience