BAB 9

Romance Completed 16283

“ Woi! Kau betina tu kan?”

Aku tersentak besar. Aku dan Aisyah yang baru keluar melawat Lokman tersentak melihat ex Lokman. Dia tak takut ke? Dah langgar orang tapi berani datang lagi.

“ Woi! Mulut kau tu jaga sikit. Kau tu yang betina.” Marah Aisyah.

“ Jadi betullah kau ni buah hati dia? Hei! Kenapa kau mesti kacau kami berdua ha? Gara-gara kau aku dan dia berpisah. Kau tahu tak?”

“ Hei! Kau jangan pernah salahkan kawan aku. kawan aku langsung tak bersalah dalam hal ni. kau tu yang salah. Dah berpisah ada hati terhegeh-hegeh lagi dekat Lokman. Eh! Kau sedar tak semua ni berpunca daripada kau. Lokman dah cuba jaga hubungan korang sebelum ni. tapi apa kau buat? Kau hancurkan semuanya. Kau curang dengan dia. kau tinggalkan dia. itu yang kau kata kawan aku ni rampas dia daripada kau? Hei! Tolong sikit.”

Aku terdiam. Aku hanya mampu mendengar dan melihat mereka berdua bergaduh. Aku langsung tak ada hati nak bercakap. Aku lebih risaukan keadaan Lokman.

“ Tapi dia masih sayangkan aku kalau dia ni tak muncul!”

“ Jangan pernah salahkan orang lain kalau diri sendiri yang tak mahu mengaku salah. Jom balik Tikah. Sakit pula hati aku tengok minah ni. dah langgar orang masih berani datang sini. Sepatutnya kau yang mati.”

“ Astagfirullah. Bawa bersabar Aisyah.”

“ Aku dah cuba Tikah. Tapi dia yang terlalu melampau. Dah jom balik.”

Belum sempat aku nak berkata-kata, Aisyah terlebih dahulu menarik aku untuk beredar. Aku hanya mampu berdoa agar dia diberi kesedaran.

“ Tak guna punya betina!”

Aku pantas menoleh ke belakang saat mendengar jeritan tu. Tapi langkahku terhenti apabila perutku rasa sakit.

“ Ya Allah Tikah!”

Dengan terketar-ketar tangan aku menyentuh perut. Dan terdapat banyak darah dekat situ. Aku terduduk dengan tangan yang terketar-ketar.

“ Haha. Puas hati aku! puas!”

“ Doktor! Tolong!”

Aku mengetap bibir menahan sakit. Tikaman dia terlalu dalam dan membuatkan aku sangat sakit.

“ Tolong tangkap perempuan ni! dia tikam kawan saya!”

Aku menggenggam erat tangan Aisyah.

“ Jangan tinggalkan aku Tikah. Jangan. Kuatkan semangat kau. Demi Lokman. Dia tengah tunggu kau tu.”

Aku tersenyum tawar. Lokman.

“ Doktor!”

Akhirnya, aku hanya mendengar suara Aisyah yang kabur-kabur itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience