BAB 11

Romance Completed 16283

Terkocoh-kocoh aku masuk ke kedai roti apabila mendapat pesanan ringkas daripada Aisyah. Dia kata Lokman tak sedarkan diri. Ya Allah. Lindungilah dia.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam kedai roti, aku terdiam buat seketika. Tak ada orang pun.

“ Lokman! Aisyah! Mana korang ni?”

Tiba-tiba aku terdengar petikan gitar daripada belakang. Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Dan aku terus tergamam melihat Lokman yang sedang memetik gitar itu.

Akan ku jaga kisah cinta kita
Jangan pernah ada hati yang terluka
Sungguh ku takut jika engkau jauh
Karena aku takut kau berpaling dariku

Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku

Jangan ada dusta di antara kita
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku

Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku

Sampai rambutku memutih, sampai nafasku terhenti
Cinta ini kan tetap abadi

(Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu)
(Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku)
Wooo ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu

Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku

Ku takut kehilanganmu.

Sebaik sahaja dia selesai menyanyi. Dia mendekati aku dengan senyuman manis. Aku pula menahan diri daripada mengalirkan air mata kerana terharu dengan apa yang dia buat.

“ Ika. Sudi Ika jadi suri hati Lokman?”

Aku merenung wajahnya dengan penuh kasih sayang. Ya Allah. Adakah ini masanya?

“ Ika.. Lokman sanggup terima apa sahaja keputusan Ika.”

Aku tersenyum. Aku mencapai bunga yang dia pegang tadi.

“ Kalau sampai sekarang saya berada di samping awak. takkan saya tak setuju lagi?” putusku lalu mencium bau bunga tadi.

“ Alhamdulillah. Terima kasih Ika.”

Aku hanya tersenyum. aku pandang pula ke belakang. Nampaknya Aisyah bersubahat dengan Lokman agar buat aku lari balik ke sini. Hampeh betul.

“ Yeay! Tak lama lagi makan nasi minyaklah aku.”

Aku tersenyum malu.

“ Aku yakin korang memang berjodoh. Tikah. Aku doakan kau bahagia. Lokman. Jangan pernah kau buat dia menangis.”

Aku tertawa kecil.

“ Baik boss!” Balas Lokman dengan rasa senang hati.

“ Sekarang belanja aku makan. Cepat. Buah hati aku ni pun dah lapar.”

Akhirnya, aku membiarkan mereka menjamu selera bersama Lokman. Manakala aku keluar dengan langkah yang perlahan-lahan. Sampai saja diluar aku mendongak ke langit.

Duhai langit. Tak sangka hari ini tiba juga. Aku ingat hari ini takkan tiba. Tapi aku berterima kasih dekat semua orang yang sudi mendoakan kebahagiaan aku bersama dia. Duhai langit, tak sangka kan semua ini terjadi dekat aku.

Satu je aku nak cakap. Aku bahagia. Aku sayangkan dia.

“ Kenapa keluar?”

Dia berdiri di sisiku. Kami berdua berbalas senyuman.

“ Lokman tak menyesal kenal Ika? Lokman tak menyesal nak kahwin dengan Ika?”

“ Kenapa cakap macam tu? Lokman tak pernah menyesal. Sekali Lokman sayangkan Ika. Selamanya Lokman sayang. Lokman sepatutnya ucapkan terima kasih sebab Ika sudi terima Lokman. Bagi Lokman, Ika special sangat. Ika tak macam perempuan lain.”

“ Ika pun berterima kasih dekat Lokman.”

Lalu kami kembali mendongak ke langit, masih mahu menikmati keindahan malam. Sesungguhnya, takdir Allah cukup indah. Cuma kadang-kadang kita rasa kita ni tak berguna. Kadang-kadang rasa tak adil. Tapi itulah yang sebaiknya buat kita. Percayalahjika ada sesuatu hilang along the way, yakin saja ada something better datang menghulurkan bantuan.

Cinta lahir kerana Allah, dia yang mencipta rasa cinta ini dan kita akan meneruskan rasa cinta ini ke jalannya pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience