BAB 1

Romance Completed 16283

“ Satu! Dua! Satu! Dua! Cepat!”

Aku mengeluh perlahan. Aku tahu aku tak boleh mengeluh. Tetapi dengan keadaan fizikal aku dan dengan perut aku yang sakit. Aku tak mampu nak teruskan lagi. Aku benar-benar letih. Kenapa mereka kejam sangat?

Tahulah ni kursus. Tapi just kursus! Simpatilah sikit pada pelajar-pelajar ni. Kami ni baru 19 tahun. Tapi diperlakukan macam budak 10 tahun. Aku tak sanggup!

“ Kechik? Kau okay tak?”

Aku tersenyum hambar apabila riak wajahku dilihat oleh dia.

“ Sakit perut sikitlah.”

Apabila disuruh lompat bintang sebanyak sepuluh kali. Aku hanya menurut. Sampai naik pitam aku dibuatnya. Dah lah aku lapar. Dengan tekanan darah aku rendah. Ya Allah. Kuatkan aku. Dua hari je dekat sini.

“ Tikah. Muka kau pucat lah.”

Aku tersentak. Pucat sangat ke?

“ Aku okay. Cuma sakit perut je. bila nak habis ni? aku lapar.”

“ Aku pun lapar. Tapi kita tetap kena bertahan. Dah datang sini kena jadi kuat sikit.”

Aku terdiam. Aku tak rela langsung nak ke sini. Gara-gara dipaksa sebenarnya. Wuarhh!

“ Okay! Kamu semua boleh pergi makan dulu. Tepat pukul 8 sila berkumpul dekat bawah ni semula.”

Akhirnya, aku boleh menarik nafas lega. Kursus JPAM ni amat mencabarkan minda dan fizikal aku. Dah lah aku ni kecik.

“ Makan banyak-banyak Tikah.” Tegur Aisyah.

“ Yela. Aku tahu. Tapi aku tak ada selera.”

Maybe rindu pada mak dan ayah aku dekat rumah. Ini lah jadinya bila rasa tak bersemangat.

“ Makan sikit pun jadilah Tikah. Bagi tenaga balik dekat tubuh badan kau tu. malam ni aktiviti lebih berat menanti kita.”

Aku terdiam sambil menghirup air kosong. Pandanganku juga kosong memandang ke hadapan. Tiada reaksi aku untuk aku membalas kata-kata Aisyah tadi.

Sambil ralit aku termenung, tiba-tiba mataku menangkap kelibat seorang lelaki yang tinggi. Dia juga melihat aku. tetapi sekejap apabila aku terus tunduk memandang meja. Arh! Nak balik!

“ Makan cepat beb. nanti lambat pula. Lambat kena denda kot.”

Aku hanya mengangguk lemah. Tanpa berlengah, aku pantas pergi ke tandas untuk membasuh tangan. Tapi berselisih pula dengan lelaki tadi. Dia tersenyum tapi tak pula aku membalasnya. Tiada hati pun. Sebab hati aku sememangnya tiada dekat sini.

“ Jom Tikah!”

“ Okay.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience