BAB 3

Romance Completed 16283

Hari ini hari kedua aku menjalani kursus JPAM ni. segala penat lelah dirasai. Sampai luka lutut-lutut aku ni. tapi tak berapa teruk lagi. Boleh aku tahan lagi. Tapi sekarang aku dah tak tahan. Aku nak menangis!

“ Tikah kau okay?” Tegur Aisyah.

Aku menghembus nafas kasar. Aku cuba tahan dan tenangkan fikiran. Tak boleh nangis Tikah! Tak boleh! Tapi sakit!

“ Korang dengar sini! Sebelum ni! tiada sesiapa lagi pun ada orang nak mencuri! Tapi kehadiran kamu semua kali ni. amat mengecewakan saya! Pumping lagi 5! Cepat!”

Ya Allah! Seorang yang salah tapi semua kena. Kejam! Kejam! Air mataku dah bergenang. Aku dah cuba bertahan selama dua hari ni. tapi sekarang aku hampir tewas. Sebab lutut aku sakit sangat! Dah berdarah aku rasa! Arh! Ya Allah. Tolonglah kuatkan hati aku ni.

“ Tolong! Pakcik ni pengsan!”

Aku menghembus nafas lega. Sebaik sahaja ada orang cakap macam tu. semua orang dah boleh bangun. Aku bangun dengan kudrat yang masih ada. Kuatkan juga. Tapi hati aku tak sekuat yang disangkakan. Air mataku dah bergenang. Tunggu masa nak turun je ni. Aduh!

“ Tikah?”

Aisyah memeluk bahuku dengan riak bimbang.

“ A..aku. aku okay.” Suaraku dah bernada serak. Cuba tahan tangis. Aku tak boleh menangis dekat sini. Tak boleh!

“ jom kita makan dulu.”

Aku turutkan sahaja. Tapi aku hanya minum. Hilang selera aku bila tubuh aku terasa sakit dan sengal. Aku hanya duduk temankan mereka makan.

“ Kau tak nak makan ke Tikah?”

“ Tak ada selera lah. Korang makanlah. Aku nak pergi basuh cawan ni kejap.”

Dengan langkah yang sakit dan perlahan, aku bergerak ke tempat basuh pinggan. Mujur orang tak ramai.

“ Awak okay?”

Aku tersentak apabila tiba-tiba ditegur. Aku tersenyum hambar.

“ Okay.”

“ Tapi wajah awak menunjukkan sebaliknya.”

Aku terdiam. Ini lelaki yang aku kata asyik perhati aku tu. tak sangka dia perasan.

“ Tak. Saya okay. Maaf.”

Tanpa menghiraukan sesiapa. Aku pantas bergerak ke bilik. Masuk je dalam bilik, aku pantas menghamburkan tangis pada tapak tangan aku. sakit sangat! Aku tak mampu lagi untuk bertahan. Ya Allah! Mak! Akak nak balik!

“ Ya Allah Tikah! Kau okay ke ni?”

Aisyah datang dengan riak risau. Aku pantas memeluknya. Aku nangis dalam pelukannya.

“ ya Allah Tikah. Sabar. Jangan nangis. Aku ada. Allah ada. Kuatkan semangat kau.”

Aku meleraikan pelukan dan duduk di atas lantai. perlahan-lahan aku menarik seluar aku. bila tengok je lutut aku. aku tergamam. ya Allah! Merah! Darah! Lebam!

“ Ya Allah. Lutut kau. Kejap aku sapukan ubat.”

“ Jangan. Aku tak nak.” Halangku.

“ Tapi lutut kau mesti dirawat. Arh! Mereka kejam! Sanggup buat kita macam ni. ini namanya kes penderaan. Kalau ye pun marah tapi tak perlu libatkan semua orang. Arh! Benci!” Aisyah menghamburkan rasa marahnya.

Aku tersenyum tawar. Pantas aku menutup semula kakiku itu. Aku bangun berdiri semula walaupun sukar.

“ Jom lah. Kita kena ke kelas lepas ni. lewat nanti kena marah pula.” Ujarku lembut.

“ Tapi kau?”

“ Aku okay. Jom.”

Aku terpaksa kuatkan hati. Kalau diikutkan aku dah tak tahan. Tapi aku tak nak memalukan nama sekolah dan nama aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience