BAB 10

Romance Completed 16283

5 tahun berlalu..

Aku melihat mereka berdua dengan senyuman kecil. Pantas aku mendekati mereka.

“ Aisyah! Kau ke mana? Lama tak nampak.”

“ Kau tahu kan aku tengah busy dengan kerja. kau tak pa la. Ada buah hati yang sanggup tolong.”

Aku tertawa kecil melihat Aisyah yang sedang mencebik itu.

“ Mana Lokman?” Soal dia lagi. Aku pula kerling insan yang berdiri di sebelahnya.

“ Tanya Lokman aku. siapa pula lelaki ni.”

Aisyah tersengih.

“ My future husband.”

Aku terlopong. What?

“ Sampai hati kau baru cakap dekat aku.”

“ Hehe. Janganlah marah. Sekarang mana Lokman.”

Aku menoleh ke belakang. Apabila nampak kelibat dia aku terus panggil agar keluar.

“ Bro! Apa khabar?”

“ Baik. Kau?”

“ Macam ni la. So macam mana? Bila nak kahwin?”

Mukaku terus berona merah. Boleh pula kawan aku ni tanya macam tu. Aduhai.

“ Lamar pun belum. Macam mana nak kahwin.”

“ Tu la kau. Lambat sangat. Orang dah nak kahwin bulan depan.”

Aku menahan senyum. Mereka berdua ni kalau jumpa tak gaduh tak sah.

“ Aku tengah tunggu masa yang sesuai je ni.”

“ Yela tu. baik cepat sikit sebelum dia dirampas. Ha masa tu melopong la kau.”

Terletus ketawa kami selepas mendengar kata-kata Aisyah. Akhirnya, aku memandang Lokman dengan rasa senang hati. Terima kasih Lokman. Ika terharu sebab Lokman sanggup tunggu sampai sekarang.

“ Dah jom masuk. Kedai aku ni terbuka untuk kau.” Suara Lokman lalu melangkah masuk bersama mereka.

Aku pula masih tidak berganjak. Aku tersenyum ke langit. Duhai langit. Dulu, aku sering mengeluh dan tertanya-tanya kenapa semua ini harus terjadi. Sampai aku kena tikam dan Lokman kemalangan. Tapi sekarang aku sedar, semua ini dugaan daripada Allah untuk uji kami berdua. Dan sekarang aku yakin dia jodoh aku. terima kasih Ya Allah.

“ Ika?”

Aku tersentak. Aku tengok dia dengan senyuman.

“ Kenapa tercegat lagi dekat sini? Jom masuk.”

“ Lokman masuklah dulu. Kejap lagi Ika masuk.”

“ Kenapa? Apa yang Ika fikirkan?”

Dia turut sama memandang langit. Aku tersenyum.

“ Rasa cepat sangat masa berlalu kan? tak sangka kita boleh bertahan sampai sekarang. Lokman. Terima kasih sebab sanggup tunggu Ika sampai saat ini.”

“ Sebab Lokman sayangkan Ika. Sebab Lokman cintakan Ika. That’s why Lokman sanggup tunggu.”

“ Thanks.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience