BAB 6

Romance Completed 16283

Alhamdulillah. Dah dua hari kursus JPAM tu berlalu. Siapa sangka juga aku dan Lokman tu terus menjadi kawan sehingga ke hari ini. Malam-malam je dia mesti whatsupp aku. kadang-kadang aku segan. Kadang-kadang aku rimas.

Yalah. Aku ni bukan jenis suka sembang dengan lelaki selain ayah, abang dan adik aku je. Aisyah pun ada cakap yang Lokman sukakan aku. Lokman nak berusaha curi hati aku ni. Aku tertawa kecil selepas mendengar Aisyah cakap macam tu.

Tapi memang tak dapat nafikan, sebanyak sedikit kata-kata Aisyah betul. Aku pula jadi makin tak keruan jadinya. Yalah. Aku tak pernah hadapi situasi macam ni. dan aku belum bersedia pun nak terima sebarang kemungkinan tentang orang yang bernama lelaki ni. tak!

Aku pandang ke luar jendela dengan hati yang tertanya-tanya. Andai aku tak pergi kursus tu. pasti tak jadi macam ni. pasti tak akan jumpa dia. dan pasti sampai saat ini aku tak berkawan dengan dia.

“ Jangan pernah salahkan takdir Tikah. Ini yang Allah telah tetapkan untuk kau. Dan telah tertulis dekat Loh Mahfuz lagi.”

Kata-kata Aisyah semalam membuatkan aku terus tersedar.

“ Astagfirullah. Ampunkan aku Ya Allah.”

Cuma berat aku nak terima kenyataan yang Lokman Hakim tu sedang berusaha mencuri hati aku ni. akhirnya, keluhan aku lepaskan.Teringat aku akan kandungan surat yang terima daripada dia tu. Dia cuma bertanya sudi atau aku jadi kawan dia. Hurmm..

“ Tikah?”

Muncul Aisyah dengan senyuman. Maybe dah habis waktu rehat.

“ Kenapa aku tengok kau muncung je ni?”

Aku tersenyum kecil.

“ Tak adalah. Aku Cuma teringat sesuatu je.”

“ Teringatkan Lokman la tu.”

Aku terdiam.

“ Aisyah. Kenapa dia mesti nak berkawan dengan aku? aku tak minta semua ni berlaku pun.”

“ Jangan pernah salahkan diri kau dan jangan pernah salahkan takdir. Anggap ini ujian buat kau. Lagipun ia dah tertulis kau akan berjumpa dengan dia. tak salahkan kalau berkawan dulu. Aku tengok Lokman tu baik Tikah. Nakal tu perkara biasa. Lagipun dia ada cakap dekat aku, kau berjaya merubah dia sebanyak sedikit. Kau bagaikan cahaya dia Tikah.”

Aku terkedu.

“ Dia ikhlas Tikah. Dan dia kata dia nak jadikan kau suri hati dia nanti.”

“ Tapi aku…”

“ Kalau dia jahat, kalau dia teruk. Tak mungkin aku akan biarkan dia curi hati kawan aku ni.”

“ Aku takut.”

“ Kau kawan je dulu. Dia kata dia akan beri kau masa.”

“ Semua berlaku dengan pantas Aisyah. Aku tak mampu nak berfikir. Dengan final exam nak dekat lagi.”

“ Rileks. Aku dah beritahu dia keadaan kita. Dan dia faham. Kau cakap dengan dia. Bincang apa yang patut. Cakap dekat dia final exam kita dah nak dekat. Mesti dia faham punyalah.”

Akhirnya, aku hanya berdiam diri sambil terfikir. Lokman Hakim. Arh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience