BAB 4

Romance Completed 2988

Bersahur ibu yang mengejutkan. Lauk kegemaran kita sudah sediaterhidang. Baru dimasak oleh ibu khas untuk membuka selera kita. Kitamakan banyak. Waktu berpuasa penuh dugaan. Dua tiga kali kita mencuriminum. Dapat ditangkap ibu dan diberi nasihat.

Bercakap benar. Andaitidak tahan berbukalah. Setahun dua mencuba akhirnya kita berjayaberpuasa penuh. Ganjaran ibu mungkin mendorong kita. Seringgit untuksehari berpuasa.

Bila usia semakin meningkat, upah bukanlah lagimatlamat utama. Kewajipan yang kita dokong.

Waktu berbuka penuh nikmat. Bila azan Maghrib berkumandang itulah tandakemenangan untuk kita yang bersabar menghadapi dugaan. Kita bermuladengan doa berbuka, diikuti kurma dan disusuli dengan tegukan air.

Kita bermula dengan makanan yang ringan dahulu. Waktu ini kuih kegemaran kitamenjadi santapan kita terlebih dahulu. Badak berendam untuk abang danlepat labu untuk adik. Kita menjamah nasi hanya selepas bersolat Maghrib.

Kita mengejar Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Ibutekun memperbanyakkan ibadah.

Berharap dapat bertemu malam seribu bulanitu. Belum pun lepas jam dua belas tengah malam, kita tersungkurberdengkur sedang ibu masih di atas sejadah.

Satu syawal esok hari. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu barumengumumkannya. Kita dan semua sepupu bersorak riang. Halaman rumah opahditerangi oleh percikan bunga api. Langit diselubungi tasbih, tahmid,takbir, selawat dan doa kepada Allah.

Di belakang rumah, ketupat,lemang, rendang tok, ayam merah dan bermacam juadah hari raya sedangdimasak. Perasaan gembira dan sedih bercampur gaul di malam itu.

Sebelum ke masjid kita menjamah hidangan bersama sanak saudara. Kitamemakai baju melayu baru siap dengan sampin dan songkok baru. Selepas kemasjid kita ke kubur ayah dan atuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience