BAB 1

Romance Completed 2988

Resah mengerumus malam ini. Bulan penuh sayu. Cengkerik berlagu pilu.Seisi rumah dilatari udam penuh duka.

Abang sedang duduk di sisi ibu.Surah Yasin baru usai dibacakan. Putik-putik haruman kasturi mewangi tiba-tiba menusuk hidung. Lalu bayangan-bayangan silam pun mengembang jelas di dalam kanta berkristal.

Ibu melunaskan janjinya. Kita sangka ibu lupa tetapi sebenarnya tidak.Semua keperluan sekolah sudah dibeli oleh ibu siang tadi. Segalanyaserba baru. Bermula dari baju hingga ke kasut sekolah.

Dan dari pensilke buku tulis. Wang ibu melayang beratus ringgit. Malam itu kita sibukmencuba baju sekolah baru. Kemudian leka menyusun alat-alat tulis barudi dalam bekas pensil baru.

Bekas pensil kita bertingkat dan besar.Paling canggih dan mahal. Kita yang memilihnya dan ibu menyetujui saja.Abang lihat adik begitu gembira, kita gembira. Ibu yang melihat gelagatkita tersenyum puas.

Seminggu lagi. Abang di tahun keenam dan adik pula kali pertama menjejakkaki ke sekolah. Namun buku-buku teks sudah mula diguna oleh kita. Ibujadi guru mula.

Bilik tidur kita jadi kelas awal. Di situlah kita mulamengenal huruf dan angka dulu. Saksi bila kita dapat membaca, menulisdan mengira. Pada usia enam tahun, 3M yang asas itu sebati sudah dengankita.

Ibu guru yang garang dalam penyayang. Jika silap, tapak tangantetap merah dimamah rotan. Tetapi hati ibu kerap juga tersentuh.Terutama bila kita bengap pada sesetengah pelajaran.

Air mata ibu mudahgugur. Kelas hari itu akan terhenti. Tetapi ibu tidak pernah putus asadan merungut. Menyumpah jauh sekali. Ibu faham bahawa setiap kata yangkeluar dari mulutnya untuk anaknya adalah doa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience