BAB 6

Romance Completed 2988

Hingga di situ sahajalah bahagia kita. Sejak adik melangkah keluar tanpasalam tiada kenangan indah yang mampu dicipta lagi. Ibu putih mata.Abang makan hati. Luka ini belum mahu mati.

Apa yang menyebabkan adik terlara? Keengganan ibu membenarkan adikbekerja di Pulau Pinang? Atau keengganan ibu menerima kekasih adik?Tentulah ibu ada sebabnya.

Pasti juga ada rahsianya. Rahsia dari sejutarahsia yang tidak mungkin dapat dibongkari oleh kita. Cukuplah sekadarkita tahu bahawa semua tindakan ibu kerana sayangnya kepada kita.

Atau barangkali ini : “Ibu pilih kasih!” Kebebasan memilih hanya untukabang : tempat kerja, kerja dan isteri. Itukah?

Ah, adik, adik.Bagaimana adik boleh terbabas hingga ke situ? Selama ini ibukan bersikapadil. Ibu juga terima kita seadanya sejak kita di dalam rahimnya. Biarpun ibu belum melihat wajah kita, cacat atau tidaknya kita, namun cintamurninya sudah ditumpahkannya kepada kita.

Sembilan bulan ibumengandungkan kita. Berdoa setiap hari, siang malam, agar kita selamatlahir ke dunia. Kelahiran adik paling sukar kerana distosia. Adik hampirlemas kerana hyproxia.

Bila tangisan adik bergema, ibu menangis syukur.Ayah melaungkan azan di dalam tangis. Pak Long mengisahkan ini. Bukan ibu.

Atau mungkin : “Siapa saya sebenarnya?” Mengucaplah adik. Kita berduaanak ibu. Di dalam darah kita, darah ibu mengalir.

Pada wajah kita,wajah ibu tercermin. Pada suara kita, suara ibu terselit. Tiada siapayang dapat menafikan hakikat ini.

Jika benar adik menganggap ibu bersalah, bersalahlah ibu walaupun itusalah. Andai ya pun, kesalahan ibu hanyalah sekelumit berbandingselangit kesalahan yang pernah kita lakukan terhadap ibu.

Tidakkahsetitik hitam boleh dihapuskan oleh selaut putih? Apa pernah kitabelikan baju baru untuk ibu? Sanggupkah kita bangun awal pagi untukmengejutkan ibu? Nyenyakkah tidur ibu? Buat sarapan? Ke pasar? Bikinmakanan kegemaran ibu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience