BAB 3

Romance Completed 2988

Bilik kita mula sunyi bila jam sebelasmalam. Sebenarnya ibu tidak pernah tidur awal sebelum kita walaupunsekali.

Bila subuh esok menjelma, ibu bangun dulu untuk mengejutkan kitaseperti selalu.

Kita tinggal di asrama bermula dari tingkatan satu. Ibu ditinggalkanseorang diri. Pengorbanan ibu berbaloi.

Kita mendapat 8A. Baik untuk PMRatau SPM. Keluarga kita jadi idola saudara mara dan orang kampung.

Abangke universiti tempatan. Tolak segala tawaran belajar ke luar negara.Tetapi adik sebaliknya. Di lapangan terbang, tangisan ibu mengiringiadik terbang ke Amerika Syarikat.

Sepanjang adik di sana banyak kaliabang terserempak ibu menangis. Selalunya bila adik mengadu sakit demam,selesema, terseliuh dan lain-lain.

Seminggu ibu menemani adik di sekolah. Enam tahun ibu berembunmenghantar kita ke sekolah.

Lima tahun ibu ditinggalkan seorang diri.Lima tahun ibu menanti kepulangan adik dari luar negeri. Ah, tentunyasukar bagi seorang ibu tunggal seperti ibu.

Mata abang menakung air.

Hanif , sepupu kita, memanggil abang. Ada tetamu datang. Abang haraphanya seorang. Terpelecok ketika berdoro laju di celah-celah kesesakanorang. Sampai di halaman rumah, perasaan hampa pun menerkam. Pak ImamLeman, jiran kita, yang datang melawat.

Orang tua itu masuk untukmelihat ibu. Abang pula duduk di tangga rumah. Meranggul ke langit yangberbulan penuh sunyi. Nyanyian cengkerik terdengar gelisah. Imbasansilam yang tadi terputus bersambung semula.

Besok awal Ramadhan. Kita akan mula berpuasa. Malam itu kita mulaberterawih. Pada awalnya hanya mampu lapan rakaat. Tetapi lama kelamaandua puluh rakaat bukan lagi masalah. Ibu bertadarus dan kita ikut serta.Itu berkat didikan ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience