BAB 2

Romance Completed 2988

Esok, kelas bersambungsemula. Ibu benar-benar mahu menyiapsiagakan kita sebelum sesipersekolahan bermula.

Ibu mahu kita berada di hadapan berbandingbudak-budak lain.

Hari bermakna buat kita pun tiba. Ibu mengejutkan kita dari lena. Kitabangun, kemudian mandi, lalu memakai baju sekolah baru.

Tidak sabarhendak memperagakan baju sekolah baru itu di depan rakan-rakan. Bagikita awal sekolah hebat bila segalanya baru. Dan ibu tahu itu.

Ibu menghantar kita ke sekolah dengan kereta. Di dalam perjalanan ibumemberi pesanan.

Khusus untuk adik : Ramai kawan. Cikgu baik. Usahtakut. Khusus buat kita : Hormati guru. Belajar rajin-rajin.

Tetapi bilasampai waktu, adik menangis juga. Terpaksalah ibu menunggu adik hinggawaktu terakhir.

Kita pulang. Mandi, makan tengahari, bersolat Zohor dan kemudian berehatsebentar sebelum ke sekolah agama pada jam dua petang.

Di sekolah agama,ibu terpaksa juga menemani adik hingga waktu terhujung. Adik takuthendak berenggang dengan ibu pada hari pertama dan lima hari selepasnyaitu.

Jam lima, ibu mengajar kita mengaji Quran dan Muqaddam di rumah.Selepas rehal dilipat dan disimpan di atas almari, kita pun dibenar olehibu untuk bermain di halaman rumah.

Selepas bersolat Maghrib, kita berlumba menyiapkan kerja sekolah.Seterusnya mengulangkaji pelajaran sebelum menonton telivisyen. Ibu takpernah menyekat kita menonton rancangan kegemaran kita.

Bersolat Isyakbila masuk waktu. Dan penghujung malam bagi kita pada jam sepuluhsetengah dengan diiringi dodoian ibu. Nasyid-nasyid dari kumpulanAl-Suraya menjadi pilihan ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience