BAB 5

Romance Completed 2988

Kemudian bermaaf-maafan sesama sanaksaudara dan jiran terdekat sebelum terus ke rumah nenek pula, ibu ayah.Besoknya, baru kita berpeluang beraya sendiri tanpa ibu. Banyak duitraya yang kita dapat. Semuanya ibu simpankan di dalam akaun BankSimpanan Nasional kita.

Hayati, isteri abang, memanggil abang masuk ke dalam bilik. Ibuterbaring lemah. Tangan ibu menggamit lesu.

Abang mendekati dan duduk disisi ibu. Mulut ibu kumat kamit berkata sesuatu. Tersekat-sekat dantidak jelas.

Abang melekapkan telinga ke mulut ibu. Rupa-rupanya ibuhendak ke bilik air. Abang mendukung ibu ke bilik air dengan berhati-hati.

Ibu ingin mandi. Abang mandikannya. Setiap kali air dari gayung mencurahbadan ibu, hati abang disentuh pilu. Kenangan ibu memandikan kitamenobros ke sukma abang.

Belum sempat air mata gugur, abang pantasmenyapunya di mata. Khuatir ibu menyedari, desakan pilu itu abangredakan.

Selepas mandi, ibu mengambil wuduk. Sebentar kemudian ibuterlantar semula di atas katil. Mendirikan solat Isyak.

Abang ke halaman rumah semula. Suara cengkerik yang tadi gelisah kinimenyayukan pula. Angin bertiup lembut.

Haruman kesturi memecahkan wangiyang misteri puncanya. Orang berbisik-bisik.

Abang duduk pula di pangkin dan kenangan pun berkembang semula.

Kepulangan adik dari luar negara disambut gembira oleh ibu. Kendurikesyukuran diadakan secara besar-besaran. Kami bangga kerana adikberjaya membawa pulang segulung ijazah universiti terkemuka.

Kemudian adik pun bekerja di Pulau Pinang. Tak lama kemudian adik mula bermaincinta. Detik hitam pun menitis. Setitik demi setitik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience