BAB 7

Romance Completed 2988

Dan pelbagai perkara lain yang kita tidak pernahambil tahu. Kita hanya tahu meminta dan menyoal. Agak janggal untukmenuduh ibu itu dan ini sedang kita tidak pernah mengenali dirinyasepenuh hati.

Syurga di bawah tapak kaki ibu. Derhaka terhadap ibu neraka menunggu.Taat terhadap ibu pintu syurga terbuka. Adik juga tahu itu. Jadi mengapaadik masih berpaling?

Masih ingatkah adik pada kisah Malin Kundang yang pernah diceritakanoleh ibu dulu? Kisah anak derhaka yang disumpah menjadi batu itu. Ataukisah Alqamah yang terseksa di ambang maut? atau kisah Jahimah yangingin ke medan perang?

Bahagiakah adik? Abang dengar adik menderita. Kekasih adik sudahmeninggalkan adik. Adik menunggu mati kerana kecewa yang mencengkam.Kerana itukah adik malu hendak pulang?

Usah malu untuk pulang kerana kitakan sekeluarga. Keluarga yang pernahbahagia dan dikurniakan manis dalam segala. Bahagia dan manis itu masihwujud asalkan adik kembali.

Masih belum terlewat untuk mengembalikan apayang pernah kita miliki dahulu. Benar, zaman kanak-kanak dan remaja yangindah itu tidak mungkin dapat dirasai oleh kita lagi.

Tetapi kita masihboleh mencipta waktu-waktu indah lain untuk dewasa ini. Pokoknya pulanglah.

Sudah terlalu lama adik pergi. Sudah sampai waktu adik kembali. Abangyakin yang adik masih ingat jalan pulang. Masih ingatkah adik padakata-kata ibu : “Sejauh mana kita pergi kita pasti kembali. Yangmengembara akan pulang. Yang merantau rindukan halaman. Hidup inibulatan. Permulaan itu hujung. Dan hujung adalah permulaan.”

Sudah ke serata tanah abang cuba menjejaki adik. Tidak jumpa. Khabarterakhir adik di luar negara. Benarkah? Tetapi sebulan sebelum ibu jatuhsakit, kata ibu dia bertikam jejak dengan adik di Hutan Melintang. Cubamengekori tetapi terlepas kerana dihalang kesesakan lalulintas.Benarkah? Sudah pulangkah adik?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience