BAB 9

Romance Completed 1364

Aku menjerit geram sambil melempar batu ke tengah-tengah padang rumput.

Hati aku panas sangat sekarang ni. Baru tadi, aku dikejutkan dengan berita yang Hadad akan menghantar rombongan meminang jugak. Entah dari mana dia dapat tahu yang aku sebenarnya tak ada apa-apa hubungan pun dengan Hizwan. Takkanlah dia upah spy untuk intip aku? Stres betul kepala otak ni! Mak dan ayah mengambil jalan mudah dengan hanya menjongket bahu. Haih... sabar jelah.

“Apa susah sangat? Tolak jelah.”

“Memanglah tapi... kalau dah libat mak dengan ayah dia sekali, aku lemah sikit. Mak dia baik tau. Ayah dia pun. Tak sampai hatilah aku nak kecewakan diorang. Masa aku berkawan dengan Hadad dulu, mak dengan ayah dia memang layan aku baik sangat.” Balas aku sambal memintal hujung tudung. Aku memandang ke arah langit yang cerah yang dipenuhi layang-layang yang berterbangan. Petang-petang macam ni memang ramai budak-budak yang main layang-layang.

“Hah?”

“Aku rasa susah nak cakap ‘tak!’ dekat mak dengan ayah dia.”

“Kau kena cakap tak jugak!” Hizwan tiba-tiba bersuara kuat. Dadanya berombak-ombak seperti menahan marah.
Tajam pandangan matanya menikam anak mata aku. Kenapa tiba-tiba dia naik angin ni?

“Kau okey tak ni?”

“Cakap tak dekat keluarga Hadad!”

“Tapi....”

“PLEASE...” Dia bersuara lirih sambil memandang aku. Aku terkedu dan aku membalas pandangannya dengan muka yang terkejut. Kenapa suara dia macam sedih je?

“Kau okey tak ni? Kenapa macam sedih je ni?” Aku bertanya dengan suara yang lembut. Bimbang jugak aku tengok dia macam ni. Perangai dia pelik secara tiba-tiba. Tadi okey je tapi sekarang tiba-tiba jadi macam ni. “Aku tak okey kalau kau terima Hadad.” Jawab Hizwan perlahan sebelum berjalan pergi dari situ tanpa sempat aku menghalangnya. Kachak dibawanya pergi sekali. Aku masih memandang Hizwan yang ternyata amat pelik hari ni. Aku tak okey kalau kau terima Hadad? Hmm... bunyi macam cemburu? Betul ke dia cemburu?!

TERBUNTANG luas mata aku sebaik saja balik rumah. Beg plastik yang dipegang terus terlepas dari tangan. Terkejut melihat ada ramai orang dalam rumah ni. Nak-nak lagi aku nampak beriya ada tepak sirih segala. Selalunya bila ada orang bawak tepak sirih, dia nak datang meminang. Oh tidak! Hadad dah hantar rombongan meminang ke?

“Dirah... meh duduk kat mak.” Mak menarik tangan aku yang masih lagi tercengang dekat depan pintu rumah. Aku hanya menurut dengan semangat yang dah hilang entah ke mana. Aku hanya menunduk kepala tanpa memandang sesiapa pun. Takut andai kata ternampak mak Hadad dan aku tahu saat itu, aku pasti akan lemah.

“Ni rombongan meminang untuk Dirah.” Kata mak lagi sambil menggenggam tanganku yang sememangnya dah sejuk. Aku hanya mengangguk kecil. Tiba-tiba tangan aku disentuh oleh seseorang. Dengan pantas aku mengangkat muka dan aku menarik nafas lega sebaik saja ternampak mak Hizwan yang menyentuhku. Takut jugak kalau mak Hadad yang sentuh aku tadi. Tapi... kenapa mak Hizwan ada dekat sini?

“Mak cik ada hajat ni.” Kata Mak cik Ramlah, mak kepada Hizwan. Aku menelan liur. Hajat?

“Apa dia, mak cik?”

“Mak cik datang meminang Dirah untuk Hizwan.”

Mata aku terus terbeliak. Jantung aku terus berdegup laju. Biar betul?! Hizwan suruh mak dia pinang aku?! Mimpi ke apa ni? Aku memejam mata rapat-rapat sambil menggigit bibir. Mimpi ni! Aku confirm ni mimpi. Takkan tiba-tiba Hizwan hantar rombongan meminang. Dia tak suka aku pun. Kami kawan tapi... aku teringat balik kata-kata dia beberapa hari yang lalu.

Aku tak okey kalau kau terima Hadad! Terus aku bukak mata luas-luas. Sudah! Jadi tepatlah teori aku yang dia cemburu. Aku menarik nafas lega. Erk, lega? Apasal pulak rasa lega ni? Sebab Hizwan pinang aku ke?

“Hizwan harap sangat Dirah sudi terima dia. Dah lama dia suka Dirah sebenarnya tapi dia malu nak cakap.” Ucap Mak cik Ramlah lagi. Hizwan dah lama suka aku? Tiba-tiba aku rasa sebak. “Dia suruh mak cik bagi surat ni dekat Dirah sebelum Dirah bagi kata putus untuk pinangan kami ni.” Mak Cik Ramlah menghulurkan sepucuk surat kepada aku.
Teragak-agak aku untuk mengambilnya. Takut andai kata aku pengsan selepas membaca apa yang ditulis oleh Hizwan. Perlahan-lahan aku menarik nafas dan membaca surat Hizwan.

Assalamualaikum UmaDirah ,

Maafkan aku sebab tiba-tiba pinang kau. Aku tahu yang kau tak suka aku dan kau hanya anggap aku kawan. Tak lebih dari tu kan? Tapi aku tak sanggup nak biarkan kau bernikah dengan Hadad berlagak tu. Aku takut kalau dia sakitkan hati kau lagi macam dulu.

Dan aku mengaku yang selama ni aku jahat sangat dengan kau. Suka sakitkan hati kau sejak kita sekolah lagi tapi sebenarnya aku dah lama sukakan kau. Aku suka buat kau marah sebab bila kau marah, barulah kau nak cakap dengan aku. Aku memang teruk kan? Tak romantik macam orang lain. Aku kasar. Kerja pun petani moden je.Cuma aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau dan InsyaAllah aku akan sedaya upaya membahagiakan hidup kau.

Aku dah tersedu-sedan. Air mata aku mengalir laju bagaikan air hujan. Tersentuh hati aku dengan surat Hizwan ni. Tak sangka dia dah lama sukakan aku. Dan aku yang lambat sedar yang aku pun sukakan dia sebenarnya. Sebab tu aku rasa lega dia yang meminang aku dan bukannya Hadad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience