BAB 4

Romance Completed 1364

Selepas siap mandi, baju t-shirt labuh berlengan panjang berwarna ungu aku capai dari almari bersama-sama dengan sehelai seluar track suit berwarna hitam. Tudung berwarna putih yang dah aku gosok siap-siap semalam terus disarungkan dekat kepala. Done! Aku kerling jam dinding. Hahaha... dekat sejam jugak dia menunggu. Yes!

“Sedaplah kuih keria mak cik ni.” Aku dengar suara Hizwan tengah bercakap-cakap dengan mak masa aku makin hampir dengan ruang tamu. Terbuntang mata aku apabila melihat dia dengan penuh berseleranya makan kuih keria yang aku buat. Patutlah dia tak jerit-jerit panggil aku. Rupanya dia dah bersenang-lenang duduk dekat ruang tamu ni!

“Bukan mak cik buat, Iz... Dirah yang buat.” Terus Hizwan tersedak. Terbatuk-batuk kecil. Aku hanya tersenyum sinis.Padan muka kau!

“Sedap kan kuih keria yang aku buat ni.” Aku duduk di sebelah mak sambil memandangnya yang sedang meneguk rakus air teh panas.

“Biasa-biasa je.” Aku mencebik. Ego tinggi melangit! Sah-sah dia puji tadi.

“Mana Kachak?”

“Dengan Comel kat bawah.” Balasnya selamba sambil mencapai satu lagi kuih keria.

“Jomlah pergi sekarang. Mak, kami pergi dulu ye.” Aku bangun lalu berjalan ke muka pintu. Dia mengekori dari belakang sambal mengambil lagi satu kuih keria aku. Kata biasa-biasa je tapi makan macam tak sedar diri! Aku mencebik geram.

“WAH, nyamannya!” Aku mendepangkan tangan ketika kami semua dah sampai dekat padang rumput. Ada jugak kanak-kanak bermain-main di sini.

Mentang-mentang musim cuti sekolah, main macam tak sedar diri tu. Aku melabuhkan punggung di atas pangkin yang sememangnya disediakan oleh orang kampung untuk berehat.Walaupun sekarang ni awal pagi tapi cuaca yang redup membuatkan suasana terasa nyaman.Rasa mengantuk pun ada jugak sekarang ni.

“Lama dah ke kau mengajar?”

Aku membuka mata yang sebentar tadi dipejam buat seketika. Hizwan baru saja melabuhkan punggung di atas pangkin jauh dari aku.

“Hmm... dah dekat 4 tahun. Kau dulu pergi mana, hah? Lama aku tak nampak.”

“Aku pergi belajar. Awal tahun ni baru balik sini.”

“Ye? Tapi kenapa aku tak nampak pun kau?” Soalku pelik. Yelah, kami kan duduk sekampung. Tapi setiap kali aku balik kampong sepanjang tahun ni, memang tak pernah nampak dia pun. Sekali pun tak!

“Aku saja malas nak jumpa kau.” Balasnya selamba.

“Huh! Malaslah nak cakap dengan kau. Sombong!” Aku berpaling ke arah lain. Baik tengok budak-budak bermain dari tengok muka Hizwan yang serius memanjang. Bencinya!

Tiba-tiba aku dengar bunyi orang ketawa. Aku berpaling ke belakang. Hizwan sedang ketawa sambil menekan perutnya. Mereng!

“Kau masih tak berubah ye, Dirah. Dari dulu sampai sekarang, macam ni jugak kau ye. Aku suka...”
Aku menelan air liur. Aku suka? Suka apa? Suka aku ke? Erk, apa kau merepek ni Dirah? Takdenya mamat tu suka kat kau.

“Suka apa?”

“Haha… takde apa.” Dia masih ketawa kecil sambil memandang ke arah Kachak dan Comel.

“Andailah kata kalau kita berbesan, kau rasa apa jadi?” Tanya Hizwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience