BAB 5

Romance Completed 1364

“Entah. Aku tak pernah fikir lagi pasal tu.” Balas aku turut memandang ke arah yang sama. Tiba-tiba meletus tawa kecil dari bibir aku. Kelakar sebab sekarang ni aku rasa macam kami tengah berbual soal anak-anak pulak. Yelah, perkataan berbesan yang keluar dari mulut Hizwan seolah-olah mengatakan bahawa kami ni mak ayah kepada Kachak dengan Comel.

“Apahal kau gelak?”

“Takde... aku rasa kelakar pulak. Gaya kau cakap macam aku ni mak Comel pulak. Haha...”

“Bukan maklah.Maksud aku kau kan penjaga Comel...”

“Ye... ye. Aku faham.”

“Bila balik Ipoh?”

“Entah. Tak pasti lagi. Kenapa?”

“Saja tanya. Kenapa? Tak boleh ke?” Dia tanya balik.

“Taklah. Tiba-tiba kau ringan mulut sangat hari ni. Terkejut jugak aku.” Jawab aku sambil tersengih. Hizwan hanya mengerling aku.

“Aku ringan mulut pun salah. Senyap pun salah. Haih... susah betul nak puaskan hati kau.” Ucapnya sambil memeluk tubuh.

“Haha... baru tahu ke?”

“Dah lama tahu.Tapi nasib baiklah aku ni...” Dia berhenti bercakap.

“Apa?” Tanyaku ingin tahu. Tiba-tiba berhenti macam tu.

“Nasib baiklah aku ni baik.” Sambungnya sambil tersengih.

“Ceh, perasan!”

“Aku memang baik pun.Tak payahlah kau nak cakap aku perasanlah.” Dia membuat muka berlagak dekat depan aku. Sangat menjengkelkan!

“Dari dulu sampai sekarang, kau macam ni jugak. Kenapa kau suka sangat sakitkan hati aku?” Aku bertanya sambil menggoyangkan kaki.

“Sebab aku suka tengok kau marah.” Dia menjawab dengan tenang.

“Manusia pelik!”

“I’ll take that as a compliment.Thank you.”

Aku mengetap gigi. Sakitnya hati aku bercakap dengan dia ni!

“Ala, aku gurau jelah. Best mengusik kau ni. Kan dah lama kita tak jumpa.Sekali-sekala kacau kau, apa salahnya
kan?” Dia menjongket kening.

“Yelah tu...”

“Yelah Dirah. Friends?”

Aku pandang muka dia. Cuba mencari keikhlasan di mata dia. Okey, muka dia sekarang ni memang serius. Takde langsung senyuman sinis dia tu. Selalunya bila dia buat muka macam tu, dia betul-betul maksudkan apa yang dia cakap. Samalah macam dia cakap nak jadi petani moden masa sekolah dulu.

“Err... friends.” Aku berkata perlahan sambil tersenyum. Tak best jugak gaduh-gaduh ni sebenarnya. Lebih elok kita berbuat baik sesama manusia, kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience